Ahad, 25 Oktober 2015

Degree Part 6 : Bercuti di Pulau Tioman, Pahang

Hi! sejak masuk degree ni takde masa nak pergi bercuti.  sem HAHAHA. Actually bukan takde masa tapi tak berapa tebal duit yang ada. Duduk Shah Alam pulakkk, duit macam air terjun Lata Iskandar.

Sejak cuti part 5 aku fikir nak pergi mana. Naik je cuti sem kemain plan dengan  bebudak club nak g bercuti awal-awal sem. hmm masa plan tu kemain ramai nak join. Masa pergi tu tinggal 3 orang. HAAHAHAAH. Lawak tak -.-

so..........

10 September 2015

Perjalanan bermula jam 6.50 petang dari Bus stop seksyen 7, naik teksi ke KTM Padang Jawa. Oh, nak jimat, korang naik bas D ke seksyen 2 then naik bas Selangor free ke Stesen Komuter Seksyen 19 for freeeeeee, kitorang baru tahu alternative ni lepas balik tioman. Di KTM Padang Jawa ambil komuter ke TBS, di KL sentral tukar komuter, ambil Sg. Gadut / midvalley. Sampai TBS baru nak beli tiket bas ke Mersing, cadang nak beli tiket pukul 11.30 supaya sampai je boleh terus naik feri. Tapi tiket habis, beli pukul 9.30 malam. *Disarankan beli tiket awal, online. Solat di TBS, kelamkabut g cari bas.

11 September 2015

2.00 am- Lebih kurang 2pagi sampai stesen bas mersing. Masa tu gigih fikir nak buat apa, dan macam mana nak pergi jetty, hahahah last minute plan kan. pukul 4pagi decide nak jalan guna Waze. klakar. Masa jalan jumpa la segerombolan lelaki naik myVi kuning, Cuak kitorg. takut kena culik. Salah sorang tu tanya, nak duduk mana kat Tioman, diorang agen rupanya. Kitorang cakap la, dah book bilik, cuma tiket ferry je tak beli lagi. Diorang were like, haaaaaaaa takbeli lagi, TIKET HABIS. kabut lah kitorang, terus jalan g jetty, takde lah jauh sangat. dalam 10 minit kot. Sampai jetty gelabah cari kaunter, tapi semua tak buka lagi, kena tunggu pukul 5 ke 5.30 tah, maka solat subuh di jetty. Ramai foreigner. ramai sangat. Sementara tu sembang-sembang dengan sorang dari French, gituuu.

Dalam pukul 6 kot ferry jalan. Jadual ferry ni tak tetap langsung sebab kena ikut air pasang surut. Kadang-kadang start pukul 10pagi.......... haaa so memang kena tahu lahh pasang surut air. Kitorang taktahu pun, Alhamdulillah nasib menyebelahi, tiket pun ada. 2jam setengah kot naik ferry, ada lahh rasa nak muntah sebab boleh tahan kuat ombak dia, masa awal-awal best la macam naik roller coaster, dah lama-lama naik loya.

Sampai je Kampung Salang, Masha Allah! SubhanAllah, Alhamdulillah, cantik sangat. Hilang loya. Terus kitorang gerak ke bilik. Kitorang amik bilik MARA. hahah kemain nama. memang ma...ra habis.  jimat. ada katil queen n kipas. cukup untuk 3 orang. cuma toilet dia tu kurang best, tapi okay lahh bukan honeymoon. Lepas tu pergi sembang pasal snorkeling, rm70. dia bagi siap-siap equipments tu (goggle, life jacket) nak guna sampai bila pun boleh.

Pukul 3 terus terjun laut, practice pakai mask tuu hehe senang esok nak snorkeling, almaklumlah tak reti swim..

malam kitorang relax-relax jeeeeee....

12 September 2015
pukul 10.30 pagi kitorang pergi snorkeling. sampai pukul 1.30 ke 2 tah. Best giilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. HAHAHA. 4 ke 5 checkpoint tah. Naik sekali dengan pelancong dari India. hindustanggg. Bawa bekal makanan siap-siap. best best. Boleh juga nak scuba. tapi scuba mahal haha and kalau beginner dia ajar kat tepi jetty je, baik snorkeling!

Petang kitorang g jalan-jalan. Tiba-tiba owner chalet nak join, dia bawa kitorang jalan-jalan. Tengah jalan-jalan jumpa kawan dia, diorang bawa g tengok anak penyyuuu.

malam kitorang dinner, buat kali pertama beli makanan panas kat sini. makan ikan steam, sotong bakar. SubhanAllah, sedapnyeee lahai. terutamanya sotong.

lepas tu lepak-lepak tepi pantai. gelap. nyanyi-nyanyi. Tiba-tiba abang kerja chalet tu datang hantar lampu. Pekerja n owner chalet Salang Beach Resort ni memang baik sangat. Puas hati 100% dengan diorang.

tidur.

13 September 2015
Pukul 4.30 dah bangun. Dengar kata Ferry nak jalan pukul 6. Kabut pukul 5.45 dah pergi. mujur subuh masuk awal. takut kena tinggal ferry. takut sangat. hahahaha. berlari-lari g jetty.

Bas pukul 12, yang ni dah beli online siap-siap masa sampai mersing sebab takut habis, tak banyak bas g KL.

............................nak pergi lagi......................

so ni bajet,

Khamis
Teksi ke ktm            -- RM3.00
Ktm pdg jawa ke tbs -- RM3.90
Bas ke Mersing        -- RM38.30
Dinner                    -- RM7.60
Jumaat
Bas ke tbs             -- RM41.90
Tiket ke tioman      -- RM70.00
Marine park          -- RM10.00
Chalet RM70/3     -- RM 23.40 *seorang
Air                       -- RM6.50
Snorkeling            -- RM70
Air                       -- RM2.50

Sabtu
Keychain           -- RM 3.30
Fridge magnet   -- RM 5.00
Dinner              -- RM 29.30  *seorang

Ahad
Breakfast                -- RM 4.30
Buah                      -- RM 4.00
Lunch                     -- RM 10.00
Tbs ke pdg jawa      -- RM3.90
teksi                      -- RM 4.00

Total 340.90

..............................Ni bajet kitorng, air tu mahal beli kat sana, mahal dalam RM1.

TIPS. 
1. kat sana kitorang makan megi je hahhahaha, memang bawa bercup2 n berbungkus2 megi. air mineral je minum. bawa chocolates n snacks dari sini. sekali je makan besar.

2. beli tiket bas siap-siap. cuma make sure waktu bas tu kena dengan ferry terutamanya balik.Tiket ferry boleh check pasang surut air or call je kat sana. Aku rasa kalau takpergi time school or public holidays, tiket memang ada, KOT hehe

3. enjoYYYY!!!















aku tak banyak tangkap gambar. banyak video. hehe. sorry gambar takberapa cantik hahaha. eh. masa pergi kitorang naik 1 ferry dengan zoey rahman, dia duduk betul-betul belakang aku. masa balik naik 1 bas, zoey and the crew. kalau tengok gambar kat insta dia beza la dengan gambar aku hahahaha. dia siap ada photographer lagi.

okayy jumpa next post :D