Khamis, 26 Januari 2012

Kek Coklat Lembab / Moist Chocolate Cake :) KUKUS !!

Hari nii aku nak kongsi satu resepi yg aku suka buat tatkala masa lapang. haaaaa.. Moist chocolate cake. nyum nyum...nyummyyy...
ni resepinya :) selamat mencuba.


BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk coklat 
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin (cairkan)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)
CARA MENYEDIAKAN:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan  ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam..

dan akhir sekali.... sejukkanlahh..

nak buat Moist tuu pun senang je.. caranya..
1/2 cawan Coklat
3/4 cawan Susu pekat
1/4 sedikit susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
agak agak jee..taak cukup boleh tambah.

campur semua bahan, dan kacau atas api. easyyyyy :D haaa, kadar kemanisan bergantunglahh kepada citarasa anda. kurangkan manis dalam pemakanan, lebihkan manis dalam senyuman :)


sedapnyeeeee :))



Rabu, 25 Januari 2012

PLKN

Saya Wirawati 306 Nurul Humaira Mohamad Nor melapor diri di Kem PLKN Teluk Rubiah, Lumut Perak. Kumpulan 1 siri 8 2011. :)

 comel kan, bila pakai baju loreng :)
senang je kat Kem, boleh dobi baju setiap hari. hee~
 
aku kompeni DELTA.. yeahhh !!!


Memang beruntunglah sesiapa yang dapat join PLKN, macam macam pengalaman menarik yg ada. aku dapat berkenalan dengan ramai orang (bermacam macam orang) means, aneh aneh jugak perangai. haha. yang penting, kat sana kami semua 1Malaysia, memahami antara satu sama lain serta bertoleransi. ceewah :)

ni masa Sukan Air. best gilaaa, ada kayak, rakit, renang jee tak ada. haha . tuu LiLy and Nusrah :) menarikkan pose kami. haha.

haaa.. ni before Sukan Air, training la katakan. haha. aku takmasuk pun. tukang sibuk :D. jangan main main, kat kem kitorang ada tasik tau !

baikkan ? , ni stephy, sekarang dah jadi model gituu... dia tolong jahit seluar aku, al maklumlah atlet. aku main bola jaring untuk kompeni, tapi.. hehe... kalah :D . yang penting, ni la semangat 1Malaysia, bantu membantu . terharu aku *

malam kebudayaan.. esok dah nak berpisah. dah tamat pun latihan. sedihnyaaa :'(
Nusrah and Joex :D

aku dan angkatan tenterakuuu... bestfriends I kat kem :) B(atiq), me, Nadrah, Nusrah :D

Wirawati kompeni DELTA :D