Khamis, 13 September 2018

Day 1 Korea - Busan)

Hi guys, hari nak share itinerary and budget sepanjang aku bercuti di Korea (Busan dan Seoul)
itinerary ni disiapkan oleh aku dan sufiya dan kitorg rujuk dgn itinerary faa (Seoul) and review dekat internet.

Kitorg plan nak pg Korea ni since last year lps balik dari Indonesia (Jakarta and Bandung). Overall trip ke Korea ni penat bejalan, rasa selamat, bersih and tenang. Alhamdulillah almost everything was below our initial budget, duit lebih tu Alhamdulillah dpt lah beli ole-ole, skincare utk diri sendiri. Mula2 sendu jugak laaa sbb mcm tight je budget.

Trip kali ni plg mencabar, bukan setakat kna banyak berjalan je, tapi aku bawa along sekali. Haa yg kenal along tu kenal laa.. Alhamdulillah tercapai jugak impian along nak jejak kaki ke korea. Special thanks to Sufiya, Sakinah and aina sbb sudi layan along :)

Kitorg takdelah ikut itinerary ni 100% sbb itinerary ni dibuat ikut agak2 je sbb kitorg tak pernah pergi  and just baca review and buat assumptions sendiri. hahaha. Tp almost semua jugak la kitorg follow.

Flight dari KLIA2 - Busan pukul 1 pagi 5hb, jadi 4hb 10mlm mmg kitorg dah ada kat airport

Tiket flight and penginapan semua kitorg dah book awal

Flight return: 706.33 per pax
Guesthouse Busan: 66 per pax
AirBnB Seoul: 105.30 per pax

Day 0:
10.00 pm - arrive at KLIA2

Day 1:
01.50am - flight ke Busan
09.30am (waktu korea) - sampai kat Gimhae International airport. Diorg punya waktu cepat sejam dari Malaysia.


Terus topup T-money. Kitorg dah ada card T-money tu sbb register kat website visit korea (https://www.visitkorea.com.my/discount-coupon/) boleh dpt coupon books, maps, T-money for free! T-money ni kalau nak beli kad dia saja kat convenient store korea dalam 2.5k won, kat machine 3k won tak silap. So baik register je kan jimat 3-4 myr. Lepas tu keluar dr airport pergi ke Busan-Gimhae Light Rail station betul2 opposite airport tu. Amik train ke Busan Station sbb Guesthouse kitorg area sana. Kena tukar train so hati2 hahaha sbb mostly exchage train kena touch keluar dulu, pastu jalan g station lain. Kitorg punya laa cari kat dlm sbb taknak touch out. Lol. Aku try la guna kakaotrain sbb org cakap jgn guna google maps kat korea. Hmmm sbb tu la kot sesat.  Pastu ada pakcik korean ni nampak mcm kitorg sesat, dia terus tanya nak pergi mana hahaha tp dia cakap korean, so faham2 je nasib lah betul, dia tlg angkat kan bag n hantar kitorg sampai laaa station kedua utk exchage train.

Dalam pukul 11am jugak laa baru sampai guesthouse. Kat sana checkin pukul 3ptg checkout pukul 11pagi. Ingatkan nak singgah letak beg je lps tu pergi jalan-jalan tp owner guesthouse tu ckp bilik kosong blh terus masuk. Lps dah check in, mandi solat makan mychef, kitorg gerak lahh menerokai Busan.

Cont. day 1:
12.40pm - Yongdusan Park, busan tower, trick eye museum. - naik train
02.30pm - Jagalchi market (lunch) - jalan kaki
03.40pm - Gamcheon culture village - naik bas

Yongdusan park (Free)
Banyak tangkap gambar je.. takde pape nak buat. Unless korang nak naik tower tu, tp kena bayar and mostly review cakap takde apa sgt nak tengok. So kitorg tak naik. Lepas tu jalan kaki ke trick eye museum. Kitorg tak jumpa maps apps utk jalan kaki kat korea so dgn mnggunakan google maps, kitorg jalan kaki ikut lorong2 tu, agak2 je ikut kata hati hahah sbb direction yg google maps tu tunjuk garis lurus 😂 tapi mana boleh jalan lurus nanti langgar bangungan.k

Trick eye museum (6k - coupon)
Sini best jugak. First time aku and along dtg museum2 mcm ni. Korg boleh download apps trick eye museum ni sbb dlm apps tu akan nampak animation 3D benda tu bergerak. Cool kan! Lepas tu Jalan kaki ke Jagalchi market.

Jagalchi market (10.8k + 1.75k)
Ni pasar basah, boleh tengok macam2 jenis seafood. Kitorg naik tingkat 2 kot ada restaurants, pastu carilah restaurant yg rasa meyakinakan utk makan. Makanan dia portion banyak. Kitorg amik satu je large portion share 5org memang kenyang. Unless korg jenis melantak hahah. Oh and amik ‘extra rice’ 4 sbb aina tak makan nasi, so amik 4 je... punya lah aku sebut rice, white rice plain rice, rupanya diorg panggil extra rice.

Kat atas jagalchi Market ni ada mcm observatory deck Sky terrace kat 7th floor tp disebabkan perut dah berat malas nak naik atas. Dah kenyang maka kitorg pun bergerak lah cari bus stop nak pergi Gamcheon Culture village, tp terjumpa pulak snacks beli laa snackss. Sedap jugak cuaca sejuk makan benda panas.

Gamcheon Culture Village
Bas yg kitorg naik dari Jagalchi market ni tak naik ke atas (ke jalan perumahan) maka lepas turun tu merangkak lah kitorang. HAHAHA tercungap masing2, gile punya curam jalan dia. Lekk je org sini drive. Tp satu kebodohan sbb kitorg tak discover habis, ada bas warna hijau dia bawa penumpang naik sampai atas, bila sampai station bawah tu boleh je tukar bas hijau. Hahaha takpelah burn 100k calories. Nasib baik sampai atas tu sejuk2.. kena allocate masa lama sikit utk jalan relax2 supaya tak penat. Tapi sampai atas tu, takde lah sama mcm kitorg expect, hmm dia mcm gambar dalam buku and internet tu di edit bagi lagi brighter gambar huhu. Tapi okay laa. Sampai jugak.

Tempat tak jadi pergi: Songdo Beach
Kekonon ptg tu nk hidup udara pantai jalan santai2. Tapi sebabkan penat daki gamcheon tu maka kitorg lupakan hasrat, terus amik bas balik lagi pun dah nak pukul 7.

Masa balik tu konon nak makan area rumah, tapi semua kedai tak meyakinkan. Maka malam tu tak makan hahahahaa sebab penat sangat. Mandi je terus tidur. Nampak takkk

Okay nnt kita sambung day2 ❤️


Isnin, 12 Mac 2018

Kulit berminyak dan jerawat

Hello girls. Harini ku nak update pasal masalah kulit berminyak bak goreng ayam and jerawat tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Yes. Ni lah masalah aku last year. Aku tak ingat laa sejak bulan berapa, tapi paling ketara sejak balik dari krabi, sebelum aku konvo, sebelum aku dapat kerja kat HSBC. Mmg pergi kerja dengan rupa umpama baru lepas campak lah hahaha. Aku tak tahu lah apa puncanya. Aku konvo bulan 4. Gelabah jugak lah masa tu nak konvo, muka jerawat. Aku sampai dah meluat. Elok2 mcm nak ok tetiba naik jerawat haih. Masa tu aku stop guna apa kenama tah product dari Pakistan tu yg sabun buku warna hijau, aku stop guna dia punya cream sbb kecoh tak elok. Huhuhuhu start dari tu kot naik jerawat teruk, ke sbb guna tu lama2 jadi teruk. Entah la. Aku pun kemain laa meng-google segala produk, tapi masa tu takde duit huhuhu income pun mengharapkan jualan tudung online (visit ig wawawa_my) hehe, makan pun mak ayah tanggung hahaha, sbb tak keje lagi. Then ku baca2 review, nak try laaa simple. Aku pun beli laa simple punya cleanser biru

* Simple Clear Skin Oil Balancing Exfoliating wash.
Review: Tak ok dgn aku, aku rasa takde improvement, rasa mcm serba tak kena, hati kata tak ok. Rasa mcm gatal2 pun ada. Then aku stop.


Aku beli simple toner hijau.
*Simple Soothing Facial Toner
Review: Entah. Mcm takde pape pun. Takbest laa bagi aku. Taksesuai utk org yg ada masalah jerawat/oily skin. Tp kalau kulit korg takde masalah mungkin sesuai sbb dia mcm natural je.


And aku beli juga moisturizer

*Simple Clear Skin Oil Balancing Moisturiser
Review: memang sesuai dengan aku, sampai skrg aku pakai. Aku start pakai moisturizer sebab baca org ckp moisturizer ni penting gilaaaa utk elak jerawat. Dulu aku tak pakai sbb mungkin moisturizer yg aku pakai duku tak sesuai dengan muka aku, n melekit. Tapi yg ni best gilaaa!
 1. Cepat serap. Tak melekit
 2. Muka kurang oily
 3. Rasa selesa, nak bersukan pun selesa. Rasa kulit sihat bila pakai.


Sebabkan aku pakai simple cleanser tu tak ok, less than 2 weeks, aku google produk lain. Aku beli la himalaya purifying neem face wash. And guna toner ihsan adik aku.

*Himalaya Purifying Neem Face Wash
Ya Allah. Alhamdulillah akhirnya aku jumpa product terbaik yg patut dapat anugerah. Hahahah. Mula2 aku pakai mcm kulit aku yak gatal, aku just terus pakai.. lgpun takde dah duit nak beli product baru.. hahaha
Review:
1. Memang terbaik utk oily skin n acne skin. Walaupundia mcm gel je, mcm eh berkesan ke. Masa awal2 aku fikir camtu, tp slowly jerawat taknaik. Yeayyy
2. Tak rosakkan kulit. Sebabkan dia mcm gel je kot ke apa eh, dia mcm soft je kat kulit, aku tak rasa pun dia merosakkan kulit mcm tetiba je kering jerawat. Dia mcm diam2 ubi berisi. Diam2 dia pulih kan kulit.


Toner aku pakai toner ihsan adik aku. Dia tu suka la shopping benda2 ni. Aku pun main pakai je hahaha sbb dah ada kat rumah kan. Pakai2 mcm best pulak sbb effect dia kuat sikit dr simple tu.

*Pink Beauty, Pink pore toner
Adik aku beli sbb nak org watson tu cakap elok utk kecikkn pores. Dia mmg senang terpengaruh hahahah. Aku pakai sebab tu free ada kat rumah wkwkwkwk.
Review:
1. Mcm neem cleanser tu, slowly but surely
2. Dia tak harm kan kulit, korg akan rasa sikit laaa dia mcm bertindak balas bila pakai, tp tak mengeringkan kulit. So ok la kan. Takde la mengelupas je kulit.


Aku stay je dengan 3 product ni sampai laaaaa aku keje, aku add on sikit2. Oh before keje aku p Indonesia (ada pulak duit) hahahaha. Duit savings meniaga tudung (ig wawawa_my) and mak ayah bagi sikit.

Aku beli la product wardah. Sebab terpengaruh dengan si sufiya tu haha. Lgpun YouTubers indonesia   ramai pakai.

Aku beli BB cream, foundation, bedak, body butter. Murah dooo kat sana. Jgn tanya harga aku takingat. Aku cuma ingat murah je. Since aku mmg perlukan BB cream/ something utk bagi nampak sihat sikit kulit aku pun beli laaa Bb cream warda tuuu utk pakai hari2.

*Wardah Everyday Beauty Balm Cream oil control / Wardah BB cream.
Review: Yes! Finally I found it! Alhamdulillah sesuai. Jerawat tak naik. Pakai lama pun takde laaa nampak macam takung minyak muka. Certain product bila kita ni jenis oily skin pakai, belum sempat lunch hour, dah macam kuali goreng ayam. Ni Alhamdulillah. Mmg ok dgn aku. Kadang2 sampai ptg aku pakai (bila ABC) pun muka aku ok takberminyak teruk. Cuma dah berkurangan laaa.

Pastu bedak dia plak aku beli
* Wardah Luminous Face powder.
Sebab ternampak kawan aku mcm pakai dalam ig story hahahah. Pastu murah. Pastu pernah baca org cakap oily n acne skin tak sesuai pakai compact powder. Maka aku pun beli.
Review: perfect combination dengan bb cream!
Memang ok. Muka tak naik jerawat tu penting. Tak oily. Apa lagi. Tu je masalah aku. Alhamdulillah. Dah la murah. Skrg ni ada banyak lg walaupun hari2 aku pakai. Aku beli masa bulan 9. Dah 6bulan. Cuma bb cream tu mcm nak habis ☹️.

So 5 products ni memang wajib aku pakai tiap hari. Nanti aku share gambar n sambung review beberapa products yg best n sesuai utk aku
Hint:
Himalaya neem set hehehe
Himalaya night cream hehehe
Foundation wardah hehehe
AHA toner
Cosmoderm vitamin E
Ya Allah terlupa jada cosmoderm tea tree oil anti blemish!
Nanti aku review k