Sabtu, 9 Mei 2020

Resepi ayam masak kicap sedap turun temurun

Bukan mainkan tajuk. hahahah. Ni resepi ayam masak kicap kegemaran family aku dan tetamu yg pernah makan pun mesti minta resepi. Aku ada share resepi ni kat instagram juga.

Ayam masak kicap ni bukan version berkuah air, tapi jenis minyak-minyak. emm sedapnya, sampai gigih tau gaul nasi dalam kuali sbb nak minyak tu hahah. taknak membazir.

Bahan-bahan:

Ayam potong kecil (dalam resepi ni untuk 1/2 ekor ayam), digaul kunyit dan garam
4 sekawan - bunga lawang, cengkih, kayu manis, buah pelaga
Serai diketuk - tak wajib, kalau takde pun tak apa
Asam keping 1 keping bersaiz kecil
* Bawang kecil 5 ulas
* Bawang putih 4 ulas
* Halia 2 inchi
Kicap pekat
Kicap manis dan masin kalau ada
Bawang holland - jika mahu

(*) dihiris halus

Cara-cara:

Ayam digaul garam kunyit.
Panaskan minyak bersesuaian dengan saiz ayam dan bahan untuk ditumis
Tumis bahan-bahan yg dihiris halus dan serai sehingga layu
Masukkan ayam dan gaul rata dengan bahan yg telah ditumis menggunakan api sederhana. Tutup kuali. Biarkan seketika agar rasa bahan tumis meresap ke dalam ayam dan ayam masak lebih kurang 10 minit.
Kemudian, masukkan bawang holland dan kicap pekat, kicap manis.. gaul-gaulkan, sila lah rasa cukup garam ke tak. tambah secukup rasa jika suka.

senangkan! memang sedapppppppp. korang jangan la hentam masukkan kicap tu banyak sekaligus, masuk sikit-sikit, adjust mana perlu. kalau nak pedas-pedas sikit, tumis tu letak sebiji dua cili padi yang diketuk.
Bahan-bahan hiris tu lagi banyak lagi laa sedap terasa. make sure tak hangit k! layu-layu gituuu je, kalau hangit nanti pahit.

Kalau bagi budak-budak memang diorg suka. mak-mak yang rasa mesti minta resepi.

Enjoy! jangan lupa bismillah :)




Review Bio-Essence Bio Water Moist-in Water Gel & Bio gold 24k golden ratio double serum

Selamat Berpuasa! Dah lama tak update blog ni. Harini terasa nak tulis review pasal bio-essence yang aku. First sekali,

BIO-ESSENCE BIO WATER MOIST IN-WATER GEL vs MAMONDE MOISTURE CERAMIDE LIGHT CREAM




Seingat aku lah, aku dah guna bekas yang ke-4 nak masuk yang ke-5 kot minggu depan. sebelum ni aku pakai mamonde moisture ceramide light cream, beli masa aku gi korea dulu.. memang best pakai tu, tp sebab kat Malaysia a bit pricey, then aku cari brand lain yg lebih kurang, texture dia. aku terjumpa bio-essence and hati aku kuat mengatakan ini yg terbaik untuk menggantikan mamonde tu. alang-alang aku tulis sekali pro cons bio-essence and mamonde yg aku pakai.

1. Bio-essence and mamonde moisture ceramide ni dedua gel based. Untuk org kulit oily/combination oily memang bagus pakai texture jenis ni. Korang jangan pakai cream based tau! aku takpandai sgt bab-bab ni, tp dari bacaan and pengalaman aku, mmg tak bagus cream based utk oily/combination oily. dedua very lightweight tak rasa cair kat muka walaupun berpeluh tp bio-essence lagi cepat meresap.

2. Bio-essence kurang wangi berbanding mamonde, HAHAH. tah la, since dia kurang bau, aku lagi suka la!

3. Jerawat amatlah jarangggg tumbuh bila dah pakai bio-essence ni. Masa pakai mamonde pun jarang, tp bio-essence ni lagilah jarang naik. Since kulit aku dah recover dari masalah jerawat few years lepas, bila pakai mamonde macam kalau nak period akan naik la seketul. Tapi bila pakai bio-essence, 3 bulan sekali pun jarang naik walaupun aku dalam fasa malas nak buat skin care routine.

4. Murah. Mamonde aku rasa kalau kat watson pun RM 110++, tapi bio-essence taksampai RM 60.00. eh patutnya ni la point no1 kan hahha.

5. Oh! Bio-essence ni kalau pukul 12 tgh hari, kulit aku tak jadi oily.. kalau mamonde akan jadi a bit oily bila dah lama pakai. bio-essence pakai dari siang sampai malam pun kulit ok lagi.


Next;
BIO-ESSECE DOUBLE GOLDEN RATIO DOUBLE SERUM



takingat lah apa yg menyebabkan aku rasa nak cuba. Berdasarkan pengalama aku,

1. serum ni best utk tak bagi muka nampak dull/suram.
2. Scar pun cepat pudar bila pakai
3. lightweight, tak melekit.


Apa pun, setiap org akan dapat hasil berlainan. ni cuma pengalaman aku je! hehe and gambar-gambar dalam ni adalah dari sumber google. Jgn lupa share pengalaman korg!