Sabtu, 18 Mac 2017

Jangan berputus asa.

Jangan berputus asa
Pernah tak rasa hati berbelah bahagi. Taktahu jalan mana nak tuju. Rasa buntu. Rasa menyesal? Rasa patutkah teruskan pilihan ni. Taktahu. Give up?


Kesusahan tu wujud untuk kita jadi manusia yang berfikir. Tahu berfikir. Dengan kesusahan tu kita akan berfikir cari jalan penyelesaian. Sejauh mana kebijaksanaan berfikir kita? Semua tu bergantung kepada jalan penyelesaian yang kita pilih.


Atur. Rancang.
Hakikat sebaik-baik perancang adalah Allah SWT. Tapi tu bukan alasan untuk kita jadi manusia yang tidak berusaha.


Usaha.
Setakat mana nak usaha? Tak ada penghujung. Sebab kita tak tahu, mana jalan terbaik, mana rezeki bersembunyi.


Ikhlas. Redha.
Kejayaan adalah kegemilangan dan kebahagian. Kegagalan itu pengalaman dan pengajaran. Dari kegagalan dan kesusahan kita tahu, mana patut mana tidak. Teruskan belajar dan berfikir. Itulah kehidupan.


hati.

Khamis, 9 Mac 2017

Maira jalan-jalan Krabi Part 2

ok. Day 2. Ikut itinerary, day 2 memang nak p Phi Phi Island, yang konon famous tu. Jom tengok apa ada..

Pagi-pagii awai, pi cari breakfast, area food stall tu la, tapi pagi ada satu kedai je buka dalam pukul 6.30-7.30 rasanya buka. jom tengok apa ada.. Eh nanti aku buat entry untuk bajet sebenar. k. nii korang tengok laa dulu apa kitorang buat kat Krabi ehehe

 pulut ayam. pulut 5baht, ayam ikut saiz
 macam-macam jenis nasi ada.

breakfast in bed sufiya kata. hahaha. warna pink tu bihun goreng, dah biasa dah sufiya ni. asal pink dia terjah hahah.

habis makan, get readyyyy untuk snorkeling, emm Island hoping. 

 tunggu orang mai ambil depan hotel. 
 wei. macam mana nak rotate? biaq pi laa haha

 Naik niiiiiiiiii. hewhew.

Sampai kat tepi pantai, berkumpul dulu. Lepas tu ikut nama hotel, mat salleh sepah-sepah wehhh. Yang in charge kitorang maknyah, masa dia sebut nama kitorang, kitorang angkat la tangan, pastu dia cakap "When I call you, please stand up, don't sit down" , semua orang gelak. kitorang, eh padia? rupanya sebab kitorang pendek hahaha. siot kau nyah.

Ni masing-masing jalan dalam 300m pi kat speedboat. macam rombongan.

pakai gelang ni, warna ikut pakej yang kita pilih.

Lama gak laaa nak sampai first stop. Bamboo bay ke apa tah. kat situ duduk duduk je. nak mandi boleh. ikut la nak buat apa. santai-santai sebab dah naik bot dalam 1 jam. boatlag katakan hahah.

sufiya kata dugong. ahah

pastu pi mana tahhh, tak ingat hahahah. ada pi tengok monkey, tempat sarang burung (gua). snorkeling. 



okayyy sampai laa dekat pukul 1pm berhenti kat Phi Phi Don untuk lunch. buffet lunch. memang puas hati. Cuba sayur-sayur campur dia tak sedap bak kata sufiya. Tomyam dia sedap walaupun cair. ayam goreng sedap. spaghetti sedap. nasi aku tak makan. so taktahu. semuaa aa sedap.



okayyy, lepas tu sambung snorkeling... and habis.
balik hotel. rehat. tunggu dinner... nyumsss. makan kat tempat biasa. hehehe





tadah ayaq liuq tuuuuuuu hahaha. nanti sambung k. byee

Rabu, 8 Mac 2017

Maira Jalan-jalan : jejak Krabi

Assalamualaikum, setelah sekian lama blog ni usang n aku keluarkan dari search engine google, tetiba rasa nak menulis balik aaa. Saje nak share pengalaman aku dan dua orang travel buddies bercuti kat Krabi, Thailand.

Kisah bermula dari aku, dalam bulan 6, 2016 kot aku beli tiket ke Krabi RM40.92 (tiket pergi je) sebab aku fikir dah ada tiket ni nanti ada la duit. hahhahha. masa tu tengah intern, RM40 apa la sangat. Sekali dengan tiket g Medan aku beli hahaha. Tamak. Tiket ke Krabi tu bertarikh 1 March 2017.

Di saat agak akhir (yeke?) Travel buddies aku si Sufiya and Sakinah nak join the club. Tapi tiket balik agak mahai laa nokks. So tiket RETURN RM179.79. Sebelum pergi sana, aku dah buat siap siap itinerary, senang nanti, tak overbudget n senang nak manage masa. Oh, kitorg kat sana 5hari 4malam. Saje la nak lama-lama sikit, biasa g bercuti 3h2m rasa rushing gila, sesak nafas. haha.

ok ni nak show off itinerary yang dirancang beserta bajet. ok masa ni currency 1baht = 0.1277 MYR. 100baht = 12.77 MYR. kitorang tukar 5000 baht.

boleh nampak kot? ok hotel kitorg memang jenis tak kesahh, asalkan tak bercampur halal haram. Aku book hotel kat agoda.com kat sana korang boleh pilih hotel jenis apa korang nak and baca review, sebelum nak pilih, of course maira akan check habis kat semua website yang ada untuk bandingkan harga,

 aku check kat tiga ni jaa. haa siap sort tauu. so kitorang pilih Aonang Andaman konon nak dekat dengan pantai senang nak terjun, tapi sebenarnya area kitorang kurang meriah malam-malam. tapi meriah juga sebab dekat dengan stalls street food, nyums. tapi nak tempat meriah kena stay dekat area mcd starbucks or masjid aonang. situ memang hidup. ok ok. Aonang andaman ni takde la hotel sangat kot, sbb toilet kat luar, tapi depan bilik je. Staff dia baik-baik. Actually aku booked 1 katil queen, tapi masa check in dia nampak kitorg bertiga, dia bagi 3 katil single. bestkan.

Gambar bilik.



Peti ais dia perghh hahaha, skin pun boleh muat. wakaka. mana tah gambar peti ais, tak jumpa. haha

Day 1.

Tiket sufiya tengah hari, dia pukul 1.30 dah sampai airport Krabi. maka dia berhuhu laa kat situ tunggu kitorang sampai pukul 5.20 waktu Krabi. lambat sejam jee dari Malaysia.


Sampai je terus cari sufiya. haha. then pergi solat kat surau Airport, selesai tu kitorg terus g cari pakej untuk snorkeling and emerald pool. Kawan aku ada suggestkan akak depan pintu arival tu, muslim. pakai tudung. Finally jumpa..

gambar kedai tu, nanti upload.

sembang punya sembang... dapat laa pakej Island hoping + snorkeling 800baht. tapi, gov Thailand kenakan charge 400baht utk padiaa tahh marine apa tah, alaa macam g pulau kat malaysia gak. Budger 1200 baht, so cun cun laaa. Emerald pool 800 baht. sama dengan bajet *gelak besaq* hahaha. apa yang bestnya, semua sekali makan yeayy and emerald pool tu termasuk hot springs waterfall and g tiger temple. cun ahh, pastu kak tu pujuk amik teksi return airport 1000baht return sattu teksi. so setuju jee, still in budget. yeay, Teksi diaaa fuhhh, jadi batak terus kitorg nak honda city ke menda tah hahaahaha. bersih giloss. Sampai hotel, mandi-mandi. turun bawah, tanya staff, nak makan mana best, one of the staff boleh cakap melayu kelantan. tapi jangan tanya pelik-pelik satgi kita yang tak faham. Dia cadangkan makan kat gerai-gerai tepi jalan. Memang ramaiiiiiiiiii, banyak jenis makanan, bakar, kuah, sup, nasi goreng, pancakes, jus. apa lagi. buah-buahan.

nanti aku cari gambar gerai dia. 
gigih laaa masing-masing, ambil gambar. 50 baht jee, ada sotong, besar ttauuu. aku minum pineapple banana. aduhhhh, sedap! 40 bath rasanya.

lepas makan kitorang g beli syampu, sabun basuh baju, mineral. Oh, kat Thailand ni mineral murah je 7baht tapi kat airport 13-20 baht. Mineral penutup biru lagi murah dari penutup putih.
Kedai-kedai macam 7e, Family mart banyak juall benda-benda saiz kecil, memang memudahkan pelancong, teruja gila kitorang tauuu. G 7e macam pergi tesco belek-belek barang. 


k nanti sambunng. malas. hahaha. wehh macam panjang sangat je entry ni, nanti ku sambung kat entry lainlaaaa nooo.