Isnin, 12 Mac 2018

Kulit berminyak dan jerawat

Hello girls. Harini ku nak update pasal masalah kulit berminyak bak goreng ayam and jerawat tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Yes. Ni lah masalah aku last year. Aku tak ingat laa sejak bulan berapa, tapi paling ketara sejak balik dari krabi, sebelum aku konvo, sebelum aku dapat kerja kat HSBC. Mmg pergi kerja dengan rupa umpama baru lepas campak lah hahaha. Aku tak tahu lah apa puncanya. Aku konvo bulan 4. Gelabah jugak lah masa tu nak konvo, muka jerawat. Aku sampai dah meluat. Elok2 mcm nak ok tetiba naik jerawat haih. Masa tu aku stop guna apa kenama tah product dari Pakistan tu yg sabun buku warna hijau, aku stop guna dia punya cream sbb kecoh tak elok. Huhuhuhu start dari tu kot naik jerawat teruk, ke sbb guna tu lama2 jadi teruk. Entah la. Aku pun kemain laa meng-google segala produk, tapi masa tu takde duit huhuhu income pun mengharapkan jualan tudung online (visit ig wawawa_my) hehe, makan pun mak ayah tanggung hahaha, sbb tak keje lagi. Then ku baca2 review, nak try laaa simple. Aku pun beli laa simple punya cleanser biru

* Simple Clear Skin Oil Balancing Exfoliating wash.
Review: Tak ok dgn aku, aku rasa takde improvement, rasa mcm serba tak kena, hati kata tak ok. Rasa mcm gatal2 pun ada. Then aku stop.


Aku beli simple toner hijau.
*Simple Soothing Facial Toner
Review: Entah. Mcm takde pape pun. Takbest laa bagi aku. Taksesuai utk org yg ada masalah jerawat/oily skin. Tp kalau kulit korg takde masalah mungkin sesuai sbb dia mcm natural je.


And aku beli juga moisturizer

*Simple Clear Skin Oil Balancing Moisturiser
Review: memang sesuai dengan aku, sampai skrg aku pakai. Aku start pakai moisturizer sebab baca org ckp moisturizer ni penting gilaaaa utk elak jerawat. Dulu aku tak pakai sbb mungkin moisturizer yg aku pakai duku tak sesuai dengan muka aku, n melekit. Tapi yg ni best gilaaa!
 1. Cepat serap. Tak melekit
 2. Muka kurang oily
 3. Rasa selesa, nak bersukan pun selesa. Rasa kulit sihat bila pakai.


Sebabkan aku pakai simple cleanser tu tak ok, less than 2 weeks, aku google produk lain. Aku beli la himalaya purifying neem face wash. And guna toner ihsan adik aku.

*Himalaya Purifying Neem Face Wash
Ya Allah. Alhamdulillah akhirnya aku jumpa product terbaik yg patut dapat anugerah. Hahahah. Mula2 aku pakai mcm kulit aku yak gatal, aku just terus pakai.. lgpun takde dah duit nak beli product baru.. hahaha
Review:
1. Memang terbaik utk oily skin n acne skin. Walaupundia mcm gel je, mcm eh berkesan ke. Masa awal2 aku fikir camtu, tp slowly jerawat taknaik. Yeayyy
2. Tak rosakkan kulit. Sebabkan dia mcm gel je kot ke apa eh, dia mcm soft je kat kulit, aku tak rasa pun dia merosakkan kulit mcm tetiba je kering jerawat. Dia mcm diam2 ubi berisi. Diam2 dia pulih kan kulit.


Toner aku pakai toner ihsan adik aku. Dia tu suka la shopping benda2 ni. Aku pun main pakai je hahaha sbb dah ada kat rumah kan. Pakai2 mcm best pulak sbb effect dia kuat sikit dr simple tu.

*Pink Beauty, Pink pore toner
Adik aku beli sbb nak org watson tu cakap elok utk kecikkn pores. Dia mmg senang terpengaruh hahahah. Aku pakai sebab tu free ada kat rumah wkwkwkwk.
Review:
1. Mcm neem cleanser tu, slowly but surely
2. Dia tak harm kan kulit, korg akan rasa sikit laaa dia mcm bertindak balas bila pakai, tp tak mengeringkan kulit. So ok la kan. Takde la mengelupas je kulit.


Aku stay je dengan 3 product ni sampai laaaaa aku keje, aku add on sikit2. Oh before keje aku p Indonesia (ada pulak duit) hahahaha. Duit savings meniaga tudung (ig wawawa_my) and mak ayah bagi sikit.

Aku beli la product wardah. Sebab terpengaruh dengan si sufiya tu haha. Lgpun YouTubers indonesia   ramai pakai.

Aku beli BB cream, foundation, bedak, body butter. Murah dooo kat sana. Jgn tanya harga aku takingat. Aku cuma ingat murah je. Since aku mmg perlukan BB cream/ something utk bagi nampak sihat sikit kulit aku pun beli laaa Bb cream warda tuuu utk pakai hari2.

*Wardah Everyday Beauty Balm Cream oil control / Wardah BB cream.
Review: Yes! Finally I found it! Alhamdulillah sesuai. Jerawat tak naik. Pakai lama pun takde laaa nampak macam takung minyak muka. Certain product bila kita ni jenis oily skin pakai, belum sempat lunch hour, dah macam kuali goreng ayam. Ni Alhamdulillah. Mmg ok dgn aku. Kadang2 sampai ptg aku pakai (bila ABC) pun muka aku ok takberminyak teruk. Cuma dah berkurangan laaa.

Pastu bedak dia plak aku beli
* Wardah Luminous Face powder.
Sebab ternampak kawan aku mcm pakai dalam ig story hahahah. Pastu murah. Pastu pernah baca org cakap oily n acne skin tak sesuai pakai compact powder. Maka aku pun beli.
Review: perfect combination dengan bb cream!
Memang ok. Muka tak naik jerawat tu penting. Tak oily. Apa lagi. Tu je masalah aku. Alhamdulillah. Dah la murah. Skrg ni ada banyak lg walaupun hari2 aku pakai. Aku beli masa bulan 9. Dah 6bulan. Cuma bb cream tu mcm nak habis ☹️.

So 5 products ni memang wajib aku pakai tiap hari. Nanti aku share gambar n sambung review beberapa products yg best n sesuai utk aku
Hint:
Himalaya neem set hehehe
Himalaya night cream hehehe
Foundation wardah hehehe
AHA toner
Cosmoderm vitamin E
Ya Allah terlupa jada cosmoderm tea tree oil anti blemish!
Nanti aku review k