Selasa, 17 November 2020

REVIEW: CORDLESS VACUUM CLEANER DIBEA VS XIAOMI DEERMA

 hi. Harini rajin aku nak buat review kedu-dua vacuum ni since aku ada pengelaman menggunakan kedua-duanya walaupun tak sampai setahun lagi. Ingin aku tekankan, review ni berdasarkan pengalaman dan pendapat pribadi aku. JOM!

Sejak musim covid ni memang hari-hari duduk rumah, aku pulak pregnant.. mood mengemas tu mmg kurang, tapi bila rajin, habis semua aku kemas. haha. suami aku pun work from home, makin rajinlah men-scroll shopee tu sampai ke hujung, cari barang-barang yg memudahkan aktiviti harian.

Straight to the point - kalau korang takpasti nak beli yg mana, aku amat menggalakkan dan mencadangkan GO FOR DIBEA!! Kalau nak tahu kenapa.. jom baca,

Kedua-dua brand ni boleh dikatakan sesuai utk bajet economy class mcm aku ni. Hujung bulan April, setelah puas fikir, aku dan suami pun decide nak beli deerma vacuum - Deerma Handheld Cordless Vacuum Cleaner VC20 / VC20PLUS / VC25 Strong Suction Lightweight 1KG Wireless - copy terus nama dia. Excited sgt tunggu barang sampai, hasil baca-baca review, tengok video kat youtube.. wah makin semangat la!

Aku beli harga RM 269.89 include shipping.. 


Bila sampai je, seronok laaa.. ada benda canggih kat rumah. Tapi kenapa ya, hatiku gusar.. haha rasa mcm tak tahan lama. mcm senang rosak. tapi tak apa kita mesti semangat kemas rumah! tak dpt aku sangkalkan guna cordless vacuum mcm ni memang senang, sambil jalan sambil tolak, peluh pun tak sempat nak keluar. santai-santai je.

sampai bulan August kot dah start masalah, dia asyik ter-off je bila tengah guna. Oh no man! aku bukan main excited dkt twitter haritu, malu je ahaha. lepas tu lama-lama hambikk tak boleh on langsung.  msg seller nak tanya pasal warranty and solution, senyap sampai ke sudah..

Lepas aku dah besalin.. kitorg decide nak beli vacuum baru, nak cuba jenama lain, elok pulak si dibea ni asyik keluar je kat fb, ig aku. hahah makin geram lah.. 2 hari lepas besalin terus place order! aku pulak berpantang kat rumah sendiri, lagi la nak beli, leceh guna penyapu sbb kena usung penyodok, then kena buang dlm tong sampah each time menyapu. Zasss order! Dibea Cordless Vacuum Cleaner Handheld Stick Led Light D18.


Aku beli sekali dustmite tu, RM 417.00 kat official store dia, taknak la beli kat seller sebarangan. Kalau masa sale/ shoking sale boleh dapat bawah RM 400.00 tak silap aku. Sampai jee, seusai unboxing terus rasa puas hati sangat.. Actually kitorg jumpa byk video comparison vacuum dibea dgn dyson.. korg tgk la kat youtube, puas hati. hehe. harap-harap bertahan lama la,, bawah sini aku list kan pro cons dedua vacuum ni. 
DEERMA CORDLESS VACUUM CLEANER
Pros:
1. Murah
2. Ringan

Cons:
1. Tak tahan lama (rasa membazir sgt :( )
2. Rambut bergulung kat berus (SAKIT HATI)
3. Rasa material mcm murahan sikit
4. Suction biasa je, tak kuat mcm dibea
5. Tak flexible

DIBEA CORDLESS VACUUM CLEANER
Pros:
semua yg bertentangan dgn cons deerma. HAHAHAH

1. Rasa kukuh bila pegang, material rasa mahal
2. Rambut tak bergulung!! kalau bergulung pun 2-3 helai je
3. Suction kuat. SUKA!
4. Flexible, bawah-bawah almari pun boleh masuk.
5. Senang nak keluarkan sampah
6. Baterry tahan lebih lama berbanding Deerma
7. Byk video perbandingan dgn Dyson hehe

Cons:
1. Mahal dari Deerma
tu jee kalau nak compare dedua ni..

Sekian! Semoga entry ni membantu korg buat pilihan !!



Sabtu, 14 November 2020

Pengalaman bersalin di Hospital Shah Alam semasa PKP Covid-19 (Wad Kelas Kedua)

 Hi. Mood tgh rajin nak update blog sebab tak ada apa nak buat kat rumah. Mcm ni la tinggal kat Selangor Darul Ehsan.... kerap sgt tak ada air, mcm monthly event pulak. Nak mengemas pun susah.

Rajin nak update sbb susah nak cari review bersalin kat wad kelas kedua..so korang boleh baca, kalau nak tauu selanjutnya boleh la tweet aku, nampak kan twitter aku kat belah kiri tu hehe (Desktop version je blh nampak hehe)

Actually, aku masih dalam pantang ehehehe. Hari ke 36 (rasanya - lost count dah). 9/10/2020 hari tu Alhamdulillah, princess tercinta dah selamat dilahirkan sihat :)

Harini aku nak share:

  • Pengalaman bersalin Wad Kelas Kedua Hospital Shah Alam
  • Kos bersalin di Hospital Shah Alam (kerajaan) Wad Kelas Kedua
Memang dah plan dari awal nak 1st class/ 2nd class.. tapi bila fikir-fikir balik aku ni penakut, baik ambil 2nd class at least ada kawan. haha. Sebenarnya aku pun tak pasti hospital Shah Alam ada 1st Class ke tak, sbb tak nampak pun wad/bilik nya.

Total kos untuk 6hari5malam - normal delivery - Kelas Kedua adalah RM 435.00, tak perlu deposit pun. takpasti kenapa tapi suami memang dah prepare cash utk deposit. Kat bawah aku letak gambar perincian pembayaran, sekarang aku nak ceritakan pengalaman aku bersalin di Hospital Shah Alam. 

Ok ke Hospital Shah Alam? Pendapat Pribadi aku: OK! bangunan baru, staff terlatih dan profesional (tapi ada la a few yg.......... sabar je lah) hahaha

Actually aku dah overdue, due date 5/10/2020 tapi Dr suruh serah diri 7/10/2020 utk induce takut size baby besar. Ikutkan last scan kat KK size baby aku ngam-ngam mcm dalam apps. Tp Dr KK suruh pergi 6/10/2020 sebab takut katil penuh... 6/10/2020 pukul 4.30 suami, mak n kakak aku hantar ke Hospital. sempat lah makan ayam penyet Wong Solo dulu hahaha. Apa yg aku bayangkan, kalau KK bagi tarikh 7/10 untuk serah diri maksudnya 7/10 lah baby akan dikeluarkan. rupanya tak hahahah. anak firstkan, taktauu.
Sampai kat hospital pergi bahagian ibu mengandung berdekatan emergency tu, daftar dulu kat situ.. Start dari situ lah dah berpisah dgn suami dan keluarga.. sedih.. tapi aku happy dalam sedih sbb baby nak keluar esok (tu yg aku bayangkan. tak sabar). Dah daftar apa semua, nurse & Dr check CTG baby, blood pressure, air kencing apa semua. Kalau ramai lambat lah yeee. Masa aku pergi ada 3 org depan aku, dalam 2 jam settle, lepas tu..... nurse ajak naik atas kat O&G berdekatan dewan bedah.. aku happy lagi.... rupanya kat situ dia nak check bukaan! first time kena weyyyy. 1cm bukaan. tapi tak boleh balik since dah kena serah diri. Tapi Dr cakap katil penuh, dia suruh la tukar baju n tunggu je kat kerusi.. aku tanya la, first/2nd class takde kosong ke? Dr tu cakap semua penuh.. aku pun tunggu je lah, tiba-tiba nurse panggil utk bagi baju dan suruh call suami untuk daftar kat bahagian kewangan ke apa tah nama. aku tanya lagi, kelas kedua tak ada kosong ke? Nurse terus call wad.. Alhamdulillah ada kosong. Nurse suruh bagitau suami untuk daftarkan kelas kedua lepas tu hantar barang.. tu lah kali terakhir tengok suami, mak n kakak sebelum besalin.. mengalir air mata......................
Masa nurse bawa ke wad aku impress gilaa, mcm wow cantiknya, ingatkan yg aku lalu tu 2nd class rupanya 3rd class.. rupanya 2nd class ada bilik sendiri katil 4 org. Dalam bilik tu ada toilet lengkap dengan air panas kat sinki dan bilik mandi, ada thermos - tiap pagi akan ada nurse isikan air panas, ada aircond. Jgn lupa bawa sweater kalau taktahan sejuk sebab aircond centralize, tak boleh nak naik/turunkan suhu. Malam tu tak ada apa, nurse amik blood pressure je... berdebar nantikan hari esok..

Hari Kedua 7/10/2020
Subuh-subuh dah beratur depan bilik Dr untuk check bukaan.. n semalam pun Dr dah pesan kalau tak ada progress bukaan Dr akan induce belon/ubat. Dr check bukaan, masih 1cm.. Dr decide nak masukkan belon. Seram sgt rasa.. rupanya tak ada apa pun, just lepas masuk belon tu rasa tak selesa sebab mcm ada benda nak terjatuh. Dr cakap akan tolak ke LR/ bersedia utk bersalin kalau bukaan dah 4cm. mcm mana nak tau 4cm... kalau belon tu jatuh dgn sendirinya, maksudnya bukaan dah lebih 3cm atau lepas 24 jam check balik. Kalau lepas lepas 24 jam belon tak jatuh, Dr akan induce lagi.. sepanjang harini aku tak ada sakit contraction melainkan rasa tak selesa ada belon. haha. Happy aku dalam wad tu, sembang, berkenalan dgn patients lain.. jalan-jalan. tunggu esok!

Hari Ketiga 8/10/2020
Macam biasa lepas subuh beratur depan bilik Dr.. check bukaan cuma 2cm. alahai.. zapp Dr masukkan ubat (induce ubat).. lepas tu pun aku masih happy mcm biasa..... untuk induce ubat ni Dr akan check balik time tengah hari & malam.. Sepanjang kat wad akan ada Dr datang check perut. tiap Dr yg datang aku akn tanya "Dr estimate berapa berat?" jawapan yg aku dapat semua 3.3-3.6kg.. aku dah risau.. takut tak boleh bersalin normal walaupun aku tak kisah bersalin cara apa asalkan baby sihat. tapi kalau boleh nak normal la kan, eee takut kena belah perut weii 7 lapis haha.
Pukul 1.15 masuk bilik Dr... bukaan masih 2cm.. zappp Dr masukkan ubat lagi. balik je bilik, naik atas katil tiba-tiba aku rasa mcm aku ada air panas mengalir.. banyak.. 'eh aku terkencing ke? ke air ketumban?' dalam hati. lepas tu aku terus tanya katil sebelah - akak tu otai sekarang mengandung anak ke 4/5 tak ingat laa.. dia cakap haa tu laa air ketumban.. aku terus happy, yeay nak kena pergi LR dah ni.. tapi takk hahahah.. Dr akan monitor jantung baby (CTG). CTG tu boleh check bacaan jantung dan level contraction.. sejak air ketumban aku pecah.. aku terus rasa tak selesa.. rasa yang datang dan pergi tapi boleh kawal lagi.. lepas pukul 5 ptg kot, sakit tu kerap sangat... sampai aku menjerit tiap kali sakit dan sampai 1 tahap bergegar katil aku tahan.. kebetulan waktu tu Dr tengah round ke akak katil sebelah panggil Dr eh.. lupa.. Dr check level contraction aku 3 intense ke apa aku pun tak faham, Dr cadangkan inject ubat tahan sakit. aku setuju sebab taktahan.. nanti letih (kononnya). Tapi proses nak dapat injection tu lambatnya.. kena check CTG baby dulu minimum 20 minit utk dapatkan bacaan, kena tunggu Dr order ubat, sudahnya pukul 7 lebih kot baru inject.. ku sangkakan lega hahaha TAK! contarction menyerang makin sakit, cumanya bila contraction serang kita akan rasa lali. Aku siap buka zikir, baca doa.. tapi sakit sangat sampai bergegar katil dah macam org gila hahah. Patient lain dalam tu semua resah tengok aku sampai panggilkan Dr takut aku dah nak bersalin, check bukaan masih 3cm... Dr terus tolak katil aku letak depan nurse kat wad kelas3 untuk monitor.. ya Allah.. sakit sangat sepanjang malam aku menjerit, tak ada dah rasa malu... org yg lalu lalang termasuk mak guard siap datang.. pesan baca tu baca ni. tapi aku dah mcm malas nak layan.. bukan sombong tapi tengah sakit, aku dah bersabar gila tapi tak boleh tiap kali sakit tiap kali tu aku jerit, sampaikan aku minta injection kedua tapi baru pukul 11 lebih, kesian org nak tidur. Dr cakap tak boleh inject sebab kena gap 8 jam. aku cakap nak jugak!! atau Dr czer je saya hahaha. kesian wey Dr tu (cina lelaki muka dia mcm innocent sangat) kena layan aku yg macam apa dah. Pastu nampak la dia dok contact senior dia.. last-last dia cakap ok tapi mcm biasa la, procedure nak dpt injection tu kena check bukaan, CTG 20 minit, kalau CTG terputus (sbb alat tercabut) kena repeat balik. kita ni dah tengah sakit mana la nak duduk diam. Jantung baby aku dari start masuk sampai lahir memang elok haha walaupun mak dia sakit macam org tak betul tapi dia relax je. Alhamdulillah. almost pukul 1 kot baru dapat injection tapi.... macam biasala dia cuma melalikan mcm high amik dadah hahah bila sakit tetap sakit. aku masih menjerit dan aku ambil keputusan utk masuk dalam bilik n mandi air panas. Terkejut nurse aku tiba-tiba hilang lama.. almost sejam aku mandi hahah. jenuh nurse cari. hilang jugak la sakit.. tapi sakit jugak. dah penat mandi aku naik balik atas katil sambung menjerit. Tiap kali Dr tu lalu aku minta nak czer sbb taktahan, Dr pasang CTG kat perut aku terus menerus sbb aku dah macam tak stabil. Tengok-tengok level contraction aku dah 4 intense, tapi bukaan baru 4cm.. Dr pun mcm dah pening haha. last-last senior dia msg kot suruh hantar je aku pergi LR kalau ada kosong. Pukul 4 pagi aku ditolak ke LR....

Hari Keempat 9/10/2020
Pukul 4.30 pagi sampai LR.. Dr LR clearkan pundi kencing - guna tiub utk keluarkan (tak pasang terus just keluarkan air tu je pastu dah). Tgk aku jerit-jerit nurse LR dok warning-warning aku.. tapi sakit nak tahan macam mana, jerit je lah, masa tu mmg dah tak kisah org. tak tahan. Kat LR ada gas utk kurangkan sakit, Dr cakap gas tu takkan effect baby, tiap kali contraction Dr suruh sedut.. tapi tu lah... hahaha. weh kat LR sakit contraction lain macam weyyyyyy... sakit sangat. nurse marah sebab aku asyik meneran lepas tu aku kepit, kain aku memang basah dengan air ketumban n darah, kerap air ketumban keluar. Nurse tak bagi teran sebab aku teran halfway pastu kepit takut baby terkepit. Pukul 7 lebih nurse tukar shift. aku dapat nurse dari Sg Buloh sbb hospital sana kan tutup untuk dijadikan pusat Covid. baik sangat dia layan, lemah lembut... walaupun aku menjerit, dia tenang je. aku menjerit je takde marah-marah, aku menjerit mcm mengerang tu sbb nak lepaskan sakit.. 2 kali dia check bukaan tapi masik dalam 4-5 cm je.. Nurse kerap tanya, sakit mcm nak berak ke? masa awal-awal tu aku jawab, sakit mcm ada benda nak keluar tapi benda tu masih kat atas.. saya taktau nak cakap mcm mana. haha.. makin lama makin kerap weyyyy makin sakit sampai la satu masa aku rasa mcm ada benda makin kebawah mcm nak keluar, taktau kenapa masa tu aku rasa macam ada meja nak keluar haha rasa 4 segi.. kenapa tah.. aku panggil nurse cakap rasa mcm ada benda nak keluar dah ni.. apa la aku sebut benda hahaha baby la! Nurse tanya, rasa nak berak ke? aku cakap haah kot.. tapi bukan berak kat belakang haha. Nurse check bukaan, dia cakap dah 8-9cm terus dia panggil bidan. masa tu tak ada Dr sebab ramai sgt org nak bsalin sampai ada yg bsalin kat atas katil kat hallway. Dalam pukul 10 kot masa tu tiba-tiba ramai nurse kerumun.. nurse masukkan ubat utk tambah energy dlm drip sbb aku mcm lemah.. ohh sblm tu Dr ada plan nak induce drip tapi tak jadi since level contraction aku tinggi sgt.. takut tak boleh tahan..
bermulalah kisah pushhh.. nak bersalin tu okay cuma kerap putus nafas.. and dalam aku memang sentiasa beringat, jgn teran kat muka/teran suara, teran mcm nak berak.. sbb takut lupa byk.. tapi ada la tersilap jugak. terharu aku, time tgh push ramai-ramai nurse masuk bagi sokongan.. rasa tenang n mudah... nurse gunting 4cm sbb baby tak muat nak keluar hahah. and ikut pembacaan aku, mostly anak first mmg kena gunting sikit...  Alhamdulillah 10.41am keluar lah princess Ahna seberat 3.77KG!!! hahahaha 55cm panjang, size kepala 34cm. lega rasa weiii.. lepas keluarkan uri.. sampai lah process yg mendebar.. JAHIT!! hahaha seram sgt.. aku sedut je gas kat katil tu terus menerus sbb aku takut sgt.. BERKESAN weh!!! korang sedut la, jgn sikit-sikit sedut byk-byk berterusan. sampai aku rasa high hahah and aku keep sembang dgn nurse sbb aku rasa macam nak terlelap and ada benda yg aku pun tak faham apa aku cakap tapi nurse tu layan je.. lama jugak jahit tapi tak rasa sakit pun.. cuma rasa benang ditarik hahah.. lepas dah jahit Dr pulak datang check jahitan sambil bersihkan sisa-sisa, pun aku sedut gas jugak.. dalam pukul 12 baru dapat naik ward, tapi sebelum tu nurse bawa baby n uri kat suami.. tapi aku tak dapat jumpa.. sedihh sangat tapi lega sebab baby dah keluar, sakit pun dah tak ada. aku happy sgt sbb aku bersalin pagi kononnya ptg/mlm dapat discharge.. rupanya tak hahaha. elok pulak haritu tak ramai Dr, sbb jumaat kot so takde Dr check baby ptg tu. 

Hari Kelima 10/10/2020
Harini pun aku excited ingatkan dpt balik. Tak sabar nak jumpa suami and family.. aku rasa lemah sgt.. takde pelawat, urus baby sendiri.. jahitan nak kena jaga. Rupanya tak.. bacaan kuning baby 154 atas paras lampu (kena tahan bawah lampu)..kalau nak balik kena bawah 150 haha sikit je kan tinggi tapi sbb air ketumban aku keluar awal n byk, Dr nak monitor 48 jam.... sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. lepas je dpt result kuning baby terus kena duduk bawah lampu togel.. pakai pampers tapi dalam wad sekali dgn aku.. Alhamdulillah lega sikit sbb senang nak susukan.. aku tak sabar nak tunggu esoknya. 

Hari keenam 11/10/2020
Awal Dr baby datang check baby.. alhamdulillah, tgh hari tu Dr cakap bacaan 147 boleh balik just kena pergi KK utk checkup.. Ya Allah seronok sangat aku rasa. Rasa kuat terus.. tak senang duduk, aku kemas barang.. jalan-jalan sikit, mandi apa semua sbb nak masa berjalan cepat haha siapa tak rindu suami weyyy. Jumpa je suami mengalir air mata... hahha drama sgt!

Pengalaman bsalin ni la buatkan aku insaf pengorbanan mak-mak kita. aku rasa cam powernya org yg anak ramai ni ahahha... Tu je kisah akuu..

Okay ni bil hospital:






Ni link kalau korang nak tgk perincian Kos Bersalin di Hospital Shah Alam