Sabtu, 4 Julai 2015

Actuarial Science UiTM (part ii)

Macam dah jadi tabiat. Semester 5 baru terasa nak update blog pasal Actuarial Science. Okay, sekarang dah sambung degree actuarial science. Alhamdulillah. Dan masih di UiTM di hatiku. BSc (Hons.) Actuarial Science katekoooo. Nak cerita apa ya. Hmmm. Ni subjects actuarial science (degree)



Disebabkan aku dari diploma sains aktuari UiTM, makanya subjects 1 - 14 tak ambil dah time degree, buat pengecualian kredit (PC). Isi borang berdasarkan berapa subjects yang kita dah ambil. time-time macam ni timbullah rumours, mengatakan, "pelajar yang dapat C masa diploma perlu ambil balik subjek tu masa degree" . tak dik. tak. time akak dulu takpayah. taktau lah zaman adik. Pandai-pandai je manusia ni buat cerita. And kitorang yang dari diploma sains aktuari terus masuk semester 3.

Cabaran degree. Byk cabaran.

1. MALAS BELAJAR NAK ENJOY JE.
2. KUAT MAKAN
3. MALAS BERSENAM
4. BERAT NAIK
 hahahah.

Okay. Dari sudut cabaran selaku pelajar sains aktuari. In my opinion,  belajar apa-apa course pun ada cabaran masing-masing. Teringat masa msg dengan member2 sekolah. Masing-masing gigih nak bgtau yg course masing2 ni susah, dengarkan aje tapi dlm hati masing2 'eleh, kau hadap tengok course aku' . Perangaiiii. hahaha. Mmm.

1. Bahagikan masa sebaik mungkin. Disiplin kan diri.
aku ni tulis mmg pandai. Setiap sem niat nak rajin tapi bertahan lah sebulan. Aku je ke or semua org mcm tu :p. Dari apa yg aku fikir2 balik, kalau pandai bahagikan masa and tak ikut sangat nafsu malas tu, tak susah pun actuarial science ni. Taksusah nak bawa la. Bukan tak susah nak dapat dean. Susah wooo. Aku mmg yakin la students yg dapat dean ni mmg belajar bersungguh sungguhhhhhhh. Betul la kan. Yg paling susah nak kawal nafsu malas. Eeee jahatnya nafsu ni.

2. Rancang perbelanjaan. Berjimat cermat. Umur 20++ bukan membawa maksud kita perlu kelihatan gahhh dengan makan di tempat2 mewah, bawa kereta power, barang2 fancy, make up berjenama. Its okay if you afford to pay for it. Tapi jangan lah sebab nak lawan dengan kawan ataupun nak upload kat instagram. Nanti hujung sem sakit dikk. Students degree ni kaya kaya aku tengok. Aku pun byk juga la membazir. Okay la. Mcm ni, meh buat sama sama. Bila nak shopping tuuuu renung-renungkan lah muka mak ayah kat rumah, diorang pakai ke baju baru.. makan apa kat rumah tuu. Sedih. Bila set set yg ada bf gf tu makan tempat mewah je iolls tengok. Emm. Dorg mampu..... belanja partner dgn duit pinjaman :p

3. Fokus dalam kelas. tau tak, dalam kelas tempat paling best nak main phone. aku selalu timbul rasa keinsafan and kesedaran yang kalau aku fokus dalam kelas aku tak perlu lagi nak struggle time study week..................

4. Cabaran cintan cintun. Time degree ni nampak la kawan2 yang single time diploma dah kawin, dah ada bf. Asalkan bukan bukan-bukan yeeee.


Malas nak upload gambar. nantilah :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan