Sabtu, 18 Mac 2017

Jangan berputus asa.

Jangan berputus asa
Pernah tak rasa hati berbelah bahagi. Taktahu jalan mana nak tuju. Rasa buntu. Rasa menyesal? Rasa patutkah teruskan pilihan ni. Taktahu. Give up?


Kesusahan tu wujud untuk kita jadi manusia yang berfikir. Tahu berfikir. Dengan kesusahan tu kita akan berfikir cari jalan penyelesaian. Sejauh mana kebijaksanaan berfikir kita? Semua tu bergantung kepada jalan penyelesaian yang kita pilih.


Atur. Rancang.
Hakikat sebaik-baik perancang adalah Allah SWT. Tapi tu bukan alasan untuk kita jadi manusia yang tidak berusaha.


Usaha.
Setakat mana nak usaha? Tak ada penghujung. Sebab kita tak tahu, mana jalan terbaik, mana rezeki bersembunyi.


Ikhlas. Redha.
Kejayaan adalah kegemilangan dan kebahagian. Kegagalan itu pengalaman dan pengajaran. Dari kegagalan dan kesusahan kita tahu, mana patut mana tidak. Teruskan belajar dan berfikir. Itulah kehidupan.


hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan