Selasa, 17 November 2020

REVIEW: CORDLESS VACUUM CLEANER DIBEA VS XIAOMI DEERMA

 hi. Harini rajin aku nak buat review kedu-dua vacuum ni since aku ada pengelaman menggunakan kedua-duanya walaupun tak sampai setahun lagi. Ingin aku tekankan, review ni berdasarkan pengalaman dan pendapat pribadi aku. JOM!

Sejak musim covid ni memang hari-hari duduk rumah, aku pulak pregnant.. mood mengemas tu mmg kurang, tapi bila rajin, habis semua aku kemas. haha. suami aku pun work from home, makin rajinlah men-scroll shopee tu sampai ke hujung, cari barang-barang yg memudahkan aktiviti harian.

Straight to the point - kalau korang takpasti nak beli yg mana, aku amat menggalakkan dan mencadangkan GO FOR DIBEA!! Kalau nak tahu kenapa.. jom baca,

Kedua-dua brand ni boleh dikatakan sesuai utk bajet economy class mcm aku ni. Hujung bulan April, setelah puas fikir, aku dan suami pun decide nak beli deerma vacuum - Deerma Handheld Cordless Vacuum Cleaner VC20 / VC20PLUS / VC25 Strong Suction Lightweight 1KG Wireless - copy terus nama dia. Excited sgt tunggu barang sampai, hasil baca-baca review, tengok video kat youtube.. wah makin semangat la!

Aku beli harga RM 269.89 include shipping.. 


Bila sampai je, seronok laaa.. ada benda canggih kat rumah. Tapi kenapa ya, hatiku gusar.. haha rasa mcm tak tahan lama. mcm senang rosak. tapi tak apa kita mesti semangat kemas rumah! tak dpt aku sangkalkan guna cordless vacuum mcm ni memang senang, sambil jalan sambil tolak, peluh pun tak sempat nak keluar. santai-santai je.

sampai bulan August kot dah start masalah, dia asyik ter-off je bila tengah guna. Oh no man! aku bukan main excited dkt twitter haritu, malu je ahaha. lepas tu lama-lama hambikk tak boleh on langsung.  msg seller nak tanya pasal warranty and solution, senyap sampai ke sudah..

Lepas aku dah besalin.. kitorg decide nak beli vacuum baru, nak cuba jenama lain, elok pulak si dibea ni asyik keluar je kat fb, ig aku. hahah makin geram lah.. 2 hari lepas besalin terus place order! aku pulak berpantang kat rumah sendiri, lagi la nak beli, leceh guna penyapu sbb kena usung penyodok, then kena buang dlm tong sampah each time menyapu. Zasss order! Dibea Cordless Vacuum Cleaner Handheld Stick Led Light D18.


Aku beli sekali dustmite tu, RM 417.00 kat official store dia, taknak la beli kat seller sebarangan. Kalau masa sale/ shoking sale boleh dapat bawah RM 400.00 tak silap aku. Sampai jee, seusai unboxing terus rasa puas hati sangat.. Actually kitorg jumpa byk video comparison vacuum dibea dgn dyson.. korg tgk la kat youtube, puas hati. hehe. harap-harap bertahan lama la,, bawah sini aku list kan pro cons dedua vacuum ni. 
DEERMA CORDLESS VACUUM CLEANER
Pros:
1. Murah
2. Ringan

Cons:
1. Tak tahan lama (rasa membazir sgt :( )
2. Rambut bergulung kat berus (SAKIT HATI)
3. Rasa material mcm murahan sikit
4. Suction biasa je, tak kuat mcm dibea
5. Tak flexible

DIBEA CORDLESS VACUUM CLEANER
Pros:
semua yg bertentangan dgn cons deerma. HAHAHAH

1. Rasa kukuh bila pegang, material rasa mahal
2. Rambut tak bergulung!! kalau bergulung pun 2-3 helai je
3. Suction kuat. SUKA!
4. Flexible, bawah-bawah almari pun boleh masuk.
5. Senang nak keluarkan sampah
6. Baterry tahan lebih lama berbanding Deerma
7. Byk video perbandingan dgn Dyson hehe

Cons:
1. Mahal dari Deerma
tu jee kalau nak compare dedua ni..

Sekian! Semoga entry ni membantu korg buat pilihan !!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan