BIO-ESSENCE BIO WATER MOIST IN-WATER GEL vs MAMONDE MOISTURE CERAMIDE LIGHT CREAM
1. Bio-essence and mamonde moisture ceramide ni dedua gel based. Untuk org kulit oily/combination oily memang bagus pakai texture jenis ni. Korang jangan pakai cream based tau! aku takpandai sgt bab-bab ni, tp dari bacaan and pengalaman aku, mmg tak bagus cream based utk oily/combination oily. dedua very lightweight tak rasa cair kat muka walaupun berpeluh tp bio-essence lagi cepat meresap.
2. Bio-essence kurang wangi berbanding mamonde, HAHAH. tah la, since dia kurang bau, aku lagi suka la!
3. Jerawat amatlah jarangggg tumbuh bila dah pakai bio-essence ni. Masa pakai mamonde pun jarang, tp bio-essence ni lagilah jarang naik. Since kulit aku dah recover dari masalah jerawat few years lepas, bila pakai mamonde macam kalau nak period akan naik la seketul. Tapi bila pakai bio-essence, 3 bulan sekali pun jarang naik walaupun aku dalam fasa malas nak buat skin care routine.
4. Murah. Mamonde aku rasa kalau kat watson pun RM 110++, tapi bio-essence taksampai RM 60.00. eh patutnya ni la point no1 kan hahha.
5. Oh! Bio-essence ni kalau pukul 12 tgh hari, kulit aku tak jadi oily.. kalau mamonde akan jadi a bit oily bila dah lama pakai. bio-essence pakai dari siang sampai malam pun kulit ok lagi.
Next;
BIO-ESSECE DOUBLE GOLDEN RATIO DOUBLE SERUM
takingat lah apa yg menyebabkan aku rasa nak cuba. Berdasarkan pengalama aku,
1. serum ni best utk tak bagi muka nampak dull/suram.
2. Scar pun cepat pudar bila pakai
3. lightweight, tak melekit.
Apa pun, setiap org akan dapat hasil berlainan. ni cuma pengalaman aku je! hehe and gambar-gambar dalam ni adalah dari sumber google. Jgn lupa share pengalaman korg!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan