Sabtu, 9 Mei 2020

Resepi ayam masak kicap sedap turun temurun

Bukan mainkan tajuk. hahahah. Ni resepi ayam masak kicap kegemaran family aku dan tetamu yg pernah makan pun mesti minta resepi. Aku ada share resepi ni kat instagram juga.

Ayam masak kicap ni bukan version berkuah air, tapi jenis minyak-minyak. emm sedapnya, sampai gigih tau gaul nasi dalam kuali sbb nak minyak tu hahah. taknak membazir.

Bahan-bahan:

Ayam potong kecil (dalam resepi ni untuk 1/2 ekor ayam), digaul kunyit dan garam
4 sekawan - bunga lawang, cengkih, kayu manis, buah pelaga
Serai diketuk - tak wajib, kalau takde pun tak apa
Asam keping 1 keping bersaiz kecil
* Bawang kecil 5 ulas
* Bawang putih 4 ulas
* Halia 2 inchi
Kicap pekat
Kicap manis dan masin kalau ada
Bawang holland - jika mahu

(*) dihiris halus

Cara-cara:

Ayam digaul garam kunyit.
Panaskan minyak bersesuaian dengan saiz ayam dan bahan untuk ditumis
Tumis bahan-bahan yg dihiris halus dan serai sehingga layu
Masukkan ayam dan gaul rata dengan bahan yg telah ditumis menggunakan api sederhana. Tutup kuali. Biarkan seketika agar rasa bahan tumis meresap ke dalam ayam dan ayam masak lebih kurang 10 minit.
Kemudian, masukkan bawang holland dan kicap pekat, kicap manis.. gaul-gaulkan, sila lah rasa cukup garam ke tak. tambah secukup rasa jika suka.

senangkan! memang sedapppppppp. korang jangan la hentam masukkan kicap tu banyak sekaligus, masuk sikit-sikit, adjust mana perlu. kalau nak pedas-pedas sikit, tumis tu letak sebiji dua cili padi yang diketuk.
Bahan-bahan hiris tu lagi banyak lagi laa sedap terasa. make sure tak hangit k! layu-layu gituuu je, kalau hangit nanti pahit.

Kalau bagi budak-budak memang diorg suka. mak-mak yang rasa mesti minta resepi.

Enjoy! jangan lupa bismillah :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan