Isnin, 12 Mac 2018

Kulit berminyak dan jerawat

Hello girls. Harini ku nak update pasal masalah kulit berminyak bak goreng ayam and jerawat tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Yes. Ni lah masalah aku last year. Aku tak ingat laa sejak bulan berapa, tapi paling ketara sejak balik dari krabi, sebelum aku konvo, sebelum aku dapat kerja kat HSBC. Mmg pergi kerja dengan rupa umpama baru lepas campak lah hahaha. Aku tak tahu lah apa puncanya. Aku konvo bulan 4. Gelabah jugak lah masa tu nak konvo, muka jerawat. Aku sampai dah meluat. Elok2 mcm nak ok tetiba naik jerawat haih. Masa tu aku stop guna apa kenama tah product dari Pakistan tu yg sabun buku warna hijau, aku stop guna dia punya cream sbb kecoh tak elok. Huhuhuhu start dari tu kot naik jerawat teruk, ke sbb guna tu lama2 jadi teruk. Entah la. Aku pun kemain laa meng-google segala produk, tapi masa tu takde duit huhuhu income pun mengharapkan jualan tudung online (visit ig wawawa_my) hehe, makan pun mak ayah tanggung hahaha, sbb tak keje lagi. Then ku baca2 review, nak try laaa simple. Aku pun beli laa simple punya cleanser biru

* Simple Clear Skin Oil Balancing Exfoliating wash.
Review: Tak ok dgn aku, aku rasa takde improvement, rasa mcm serba tak kena, hati kata tak ok. Rasa mcm gatal2 pun ada. Then aku stop.


Aku beli simple toner hijau.
*Simple Soothing Facial Toner
Review: Entah. Mcm takde pape pun. Takbest laa bagi aku. Taksesuai utk org yg ada masalah jerawat/oily skin. Tp kalau kulit korg takde masalah mungkin sesuai sbb dia mcm natural je.


And aku beli juga moisturizer

*Simple Clear Skin Oil Balancing Moisturiser
Review: memang sesuai dengan aku, sampai skrg aku pakai. Aku start pakai moisturizer sebab baca org ckp moisturizer ni penting gilaaaa utk elak jerawat. Dulu aku tak pakai sbb mungkin moisturizer yg aku pakai duku tak sesuai dengan muka aku, n melekit. Tapi yg ni best gilaaa!
 1. Cepat serap. Tak melekit
 2. Muka kurang oily
 3. Rasa selesa, nak bersukan pun selesa. Rasa kulit sihat bila pakai.


Sebabkan aku pakai simple cleanser tu tak ok, less than 2 weeks, aku google produk lain. Aku beli la himalaya purifying neem face wash. And guna toner ihsan adik aku.

*Himalaya Purifying Neem Face Wash
Ya Allah. Alhamdulillah akhirnya aku jumpa product terbaik yg patut dapat anugerah. Hahahah. Mula2 aku pakai mcm kulit aku yak gatal, aku just terus pakai.. lgpun takde dah duit nak beli product baru.. hahaha
Review:
1. Memang terbaik utk oily skin n acne skin. Walaupundia mcm gel je, mcm eh berkesan ke. Masa awal2 aku fikir camtu, tp slowly jerawat taknaik. Yeayyy
2. Tak rosakkan kulit. Sebabkan dia mcm gel je kot ke apa eh, dia mcm soft je kat kulit, aku tak rasa pun dia merosakkan kulit mcm tetiba je kering jerawat. Dia mcm diam2 ubi berisi. Diam2 dia pulih kan kulit.


Toner aku pakai toner ihsan adik aku. Dia tu suka la shopping benda2 ni. Aku pun main pakai je hahaha sbb dah ada kat rumah kan. Pakai2 mcm best pulak sbb effect dia kuat sikit dr simple tu.

*Pink Beauty, Pink pore toner
Adik aku beli sbb nak org watson tu cakap elok utk kecikkn pores. Dia mmg senang terpengaruh hahahah. Aku pakai sebab tu free ada kat rumah wkwkwkwk.
Review:
1. Mcm neem cleanser tu, slowly but surely
2. Dia tak harm kan kulit, korg akan rasa sikit laaa dia mcm bertindak balas bila pakai, tp tak mengeringkan kulit. So ok la kan. Takde la mengelupas je kulit.


Aku stay je dengan 3 product ni sampai laaaaa aku keje, aku add on sikit2. Oh before keje aku p Indonesia (ada pulak duit) hahahaha. Duit savings meniaga tudung (ig wawawa_my) and mak ayah bagi sikit.

Aku beli la product wardah. Sebab terpengaruh dengan si sufiya tu haha. Lgpun YouTubers indonesia   ramai pakai.

Aku beli BB cream, foundation, bedak, body butter. Murah dooo kat sana. Jgn tanya harga aku takingat. Aku cuma ingat murah je. Since aku mmg perlukan BB cream/ something utk bagi nampak sihat sikit kulit aku pun beli laaa Bb cream warda tuuu utk pakai hari2.

*Wardah Everyday Beauty Balm Cream oil control / Wardah BB cream.
Review: Yes! Finally I found it! Alhamdulillah sesuai. Jerawat tak naik. Pakai lama pun takde laaa nampak macam takung minyak muka. Certain product bila kita ni jenis oily skin pakai, belum sempat lunch hour, dah macam kuali goreng ayam. Ni Alhamdulillah. Mmg ok dgn aku. Kadang2 sampai ptg aku pakai (bila ABC) pun muka aku ok takberminyak teruk. Cuma dah berkurangan laaa.

Pastu bedak dia plak aku beli
* Wardah Luminous Face powder.
Sebab ternampak kawan aku mcm pakai dalam ig story hahahah. Pastu murah. Pastu pernah baca org cakap oily n acne skin tak sesuai pakai compact powder. Maka aku pun beli.
Review: perfect combination dengan bb cream!
Memang ok. Muka tak naik jerawat tu penting. Tak oily. Apa lagi. Tu je masalah aku. Alhamdulillah. Dah la murah. Skrg ni ada banyak lg walaupun hari2 aku pakai. Aku beli masa bulan 9. Dah 6bulan. Cuma bb cream tu mcm nak habis ☹️.

So 5 products ni memang wajib aku pakai tiap hari. Nanti aku share gambar n sambung review beberapa products yg best n sesuai utk aku
Hint:
Himalaya neem set hehehe
Himalaya night cream hehehe
Foundation wardah hehehe
AHA toner
Cosmoderm vitamin E
Ya Allah terlupa jada cosmoderm tea tree oil anti blemish!
Nanti aku review k

Rabu, 3 Mei 2017

You know what!

hello there. Just nak share what I feel right now. korang pernah tak rasa mcm hampir-hampir nak give up? hahahahha. asal gelak pulak. 

tah.

sebab, kenapa aku cakap pasal give up sedangkan bukan tengah buat projek apa pun! Actually bukan give up, dia macam korang rasa, dah try macam-macam tapi menjadi. em. tah laaa. tapikan, bila fikir balik, kenapa nak rasa macam tu, sedangkan aku bukan buat apa pun. dia macam kau tengah naik kereta, nak ke satu destinasi, waze bagi suggestion jalan mana nak pilih, and kau pun ikut few suggestions tu. tapi sebenarnya salah jalan tu, and kau takperlu pun patah balik, cuma kau perlu teruskan perjalanan tu, cuma sepatutnya dalam 2 jam kau dah sampai, tapi dah 2 jam still tak sampai. so macam, kau punya usaha tu tengok waze n try je, ruginye minyak and masa kau, tapi still mcm takrugi apa sgt pun, at least kau cuba dari gagal tak cuba kan? selagi tak cuba selagi tu taktahu jalan mana.

ok

dapat dah semangat sikit.

pernah tak rasa, waaa senangnye dia, kenapa aku mcm ni eh? kau tahu tak, betapa peritnya usaha dia nak sampai ke tahap tu, biasa laa,, orang nak show off cuma gambar happy, senyum, bahagia je.. gambar dia nangis dalam selimut, meraung bawah bantal. siapa nak tunjuk. kecuali budak wechat. hahahha. k..

so dah faham sikit kan?

korang tahu tak konsep opportunity cost? kalau hampa belajaq ekonomi mesti tau. takpa, actually bukan dari sudut ekonomi je, dalam universiti kehidupan pun sama.

"the loss of potential gain from other alternatives when one alternative is chosen."


Ok. boleh faham tak? dalam hidup ni kau boleh pilih satu je untuk sesuatu, mcm pukul 8pagi kau ada kelas, tapi kau nak sambung tidur. kau nak pilih mana? kau pilih nak sambung tidur. kau terpaksa korbankan kelas (terpaksa ke? hhaha) so kelas kau tu adalah opportunity cost. ok. macam tu juga dalam kehidupan kau. Kau dapat hidup dengan orang tersayang, tapi mungkin kau tak berduit. kau kaya raya, tapi takde masa untuk anak-anak. Kau takdapat kerja, tapi, kau boleh spend time dengan mak ayah kat rumah. Sebenarnya, setiap yang berlaku, apa yg berlaku, ada sebabnya. antaranya mungkin : ada sesuatu rezeki yang sedang menunggu ; ada musibah bakal berlaku ; usaha kau tak cukup lagi. banyak laaaaa sebab. Sesuatu tu takkan berlaku tanpa sebab. percayalah, sesuatu tu berlaku dengan sebab. Walaupun kau rasa benda tu buang masa. tapi bersebab. Mungkin ujian. mungkin nikmat. Selagi belum tiba masa rezeki tu takkan muncul. Rezeki yg Allah tetapkan takkan salah alamat atau tersesat. Kau usaha, berdoa, tawakal. tunggu je. K

daaaa.



Sabtu, 18 Mac 2017

Jangan berputus asa.

Jangan berputus asa
Pernah tak rasa hati berbelah bahagi. Taktahu jalan mana nak tuju. Rasa buntu. Rasa menyesal? Rasa patutkah teruskan pilihan ni. Taktahu. Give up?


Kesusahan tu wujud untuk kita jadi manusia yang berfikir. Tahu berfikir. Dengan kesusahan tu kita akan berfikir cari jalan penyelesaian. Sejauh mana kebijaksanaan berfikir kita? Semua tu bergantung kepada jalan penyelesaian yang kita pilih.


Atur. Rancang.
Hakikat sebaik-baik perancang adalah Allah SWT. Tapi tu bukan alasan untuk kita jadi manusia yang tidak berusaha.


Usaha.
Setakat mana nak usaha? Tak ada penghujung. Sebab kita tak tahu, mana jalan terbaik, mana rezeki bersembunyi.


Ikhlas. Redha.
Kejayaan adalah kegemilangan dan kebahagian. Kegagalan itu pengalaman dan pengajaran. Dari kegagalan dan kesusahan kita tahu, mana patut mana tidak. Teruskan belajar dan berfikir. Itulah kehidupan.


hati.

Khamis, 9 Mac 2017

Maira jalan-jalan Krabi Part 2

ok. Day 2. Ikut itinerary, day 2 memang nak p Phi Phi Island, yang konon famous tu. Jom tengok apa ada..

Pagi-pagii awai, pi cari breakfast, area food stall tu la, tapi pagi ada satu kedai je buka dalam pukul 6.30-7.30 rasanya buka. jom tengok apa ada.. Eh nanti aku buat entry untuk bajet sebenar. k. nii korang tengok laa dulu apa kitorang buat kat Krabi ehehe

 pulut ayam. pulut 5baht, ayam ikut saiz
 macam-macam jenis nasi ada.

breakfast in bed sufiya kata. hahaha. warna pink tu bihun goreng, dah biasa dah sufiya ni. asal pink dia terjah hahah.

habis makan, get readyyyy untuk snorkeling, emm Island hoping. 

 tunggu orang mai ambil depan hotel. 
 wei. macam mana nak rotate? biaq pi laa haha

 Naik niiiiiiiiii. hewhew.

Sampai kat tepi pantai, berkumpul dulu. Lepas tu ikut nama hotel, mat salleh sepah-sepah wehhh. Yang in charge kitorang maknyah, masa dia sebut nama kitorang, kitorang angkat la tangan, pastu dia cakap "When I call you, please stand up, don't sit down" , semua orang gelak. kitorang, eh padia? rupanya sebab kitorang pendek hahaha. siot kau nyah.

Ni masing-masing jalan dalam 300m pi kat speedboat. macam rombongan.

pakai gelang ni, warna ikut pakej yang kita pilih.

Lama gak laaa nak sampai first stop. Bamboo bay ke apa tah. kat situ duduk duduk je. nak mandi boleh. ikut la nak buat apa. santai-santai sebab dah naik bot dalam 1 jam. boatlag katakan hahah.

sufiya kata dugong. ahah

pastu pi mana tahhh, tak ingat hahahah. ada pi tengok monkey, tempat sarang burung (gua). snorkeling. 



okayyy sampai laa dekat pukul 1pm berhenti kat Phi Phi Don untuk lunch. buffet lunch. memang puas hati. Cuba sayur-sayur campur dia tak sedap bak kata sufiya. Tomyam dia sedap walaupun cair. ayam goreng sedap. spaghetti sedap. nasi aku tak makan. so taktahu. semuaa aa sedap.



okayyy, lepas tu sambung snorkeling... and habis.
balik hotel. rehat. tunggu dinner... nyumsss. makan kat tempat biasa. hehehe





tadah ayaq liuq tuuuuuuu hahaha. nanti sambung k. byee

Rabu, 8 Mac 2017

Maira Jalan-jalan : jejak Krabi

Assalamualaikum, setelah sekian lama blog ni usang n aku keluarkan dari search engine google, tetiba rasa nak menulis balik aaa. Saje nak share pengalaman aku dan dua orang travel buddies bercuti kat Krabi, Thailand.

Kisah bermula dari aku, dalam bulan 6, 2016 kot aku beli tiket ke Krabi RM40.92 (tiket pergi je) sebab aku fikir dah ada tiket ni nanti ada la duit. hahhahha. masa tu tengah intern, RM40 apa la sangat. Sekali dengan tiket g Medan aku beli hahaha. Tamak. Tiket ke Krabi tu bertarikh 1 March 2017.

Di saat agak akhir (yeke?) Travel buddies aku si Sufiya and Sakinah nak join the club. Tapi tiket balik agak mahai laa nokks. So tiket RETURN RM179.79. Sebelum pergi sana, aku dah buat siap siap itinerary, senang nanti, tak overbudget n senang nak manage masa. Oh, kitorg kat sana 5hari 4malam. Saje la nak lama-lama sikit, biasa g bercuti 3h2m rasa rushing gila, sesak nafas. haha.

ok ni nak show off itinerary yang dirancang beserta bajet. ok masa ni currency 1baht = 0.1277 MYR. 100baht = 12.77 MYR. kitorang tukar 5000 baht.

boleh nampak kot? ok hotel kitorg memang jenis tak kesahh, asalkan tak bercampur halal haram. Aku book hotel kat agoda.com kat sana korang boleh pilih hotel jenis apa korang nak and baca review, sebelum nak pilih, of course maira akan check habis kat semua website yang ada untuk bandingkan harga,

 aku check kat tiga ni jaa. haa siap sort tauu. so kitorang pilih Aonang Andaman konon nak dekat dengan pantai senang nak terjun, tapi sebenarnya area kitorang kurang meriah malam-malam. tapi meriah juga sebab dekat dengan stalls street food, nyums. tapi nak tempat meriah kena stay dekat area mcd starbucks or masjid aonang. situ memang hidup. ok ok. Aonang andaman ni takde la hotel sangat kot, sbb toilet kat luar, tapi depan bilik je. Staff dia baik-baik. Actually aku booked 1 katil queen, tapi masa check in dia nampak kitorg bertiga, dia bagi 3 katil single. bestkan.

Gambar bilik.



Peti ais dia perghh hahaha, skin pun boleh muat. wakaka. mana tah gambar peti ais, tak jumpa. haha

Day 1.

Tiket sufiya tengah hari, dia pukul 1.30 dah sampai airport Krabi. maka dia berhuhu laa kat situ tunggu kitorang sampai pukul 5.20 waktu Krabi. lambat sejam jee dari Malaysia.


Sampai je terus cari sufiya. haha. then pergi solat kat surau Airport, selesai tu kitorg terus g cari pakej untuk snorkeling and emerald pool. Kawan aku ada suggestkan akak depan pintu arival tu, muslim. pakai tudung. Finally jumpa..

gambar kedai tu, nanti upload.

sembang punya sembang... dapat laa pakej Island hoping + snorkeling 800baht. tapi, gov Thailand kenakan charge 400baht utk padiaa tahh marine apa tah, alaa macam g pulau kat malaysia gak. Budger 1200 baht, so cun cun laaa. Emerald pool 800 baht. sama dengan bajet *gelak besaq* hahaha. apa yang bestnya, semua sekali makan yeayy and emerald pool tu termasuk hot springs waterfall and g tiger temple. cun ahh, pastu kak tu pujuk amik teksi return airport 1000baht return sattu teksi. so setuju jee, still in budget. yeay, Teksi diaaa fuhhh, jadi batak terus kitorg nak honda city ke menda tah hahaahaha. bersih giloss. Sampai hotel, mandi-mandi. turun bawah, tanya staff, nak makan mana best, one of the staff boleh cakap melayu kelantan. tapi jangan tanya pelik-pelik satgi kita yang tak faham. Dia cadangkan makan kat gerai-gerai tepi jalan. Memang ramaiiiiiiiiii, banyak jenis makanan, bakar, kuah, sup, nasi goreng, pancakes, jus. apa lagi. buah-buahan.

nanti aku cari gambar gerai dia. 
gigih laaa masing-masing, ambil gambar. 50 baht jee, ada sotong, besar ttauuu. aku minum pineapple banana. aduhhhh, sedap! 40 bath rasanya.

lepas makan kitorang g beli syampu, sabun basuh baju, mineral. Oh, kat Thailand ni mineral murah je 7baht tapi kat airport 13-20 baht. Mineral penutup biru lagi murah dari penutup putih.
Kedai-kedai macam 7e, Family mart banyak juall benda-benda saiz kecil, memang memudahkan pelancong, teruja gila kitorang tauuu. G 7e macam pergi tesco belek-belek barang. 


k nanti sambunng. malas. hahaha. wehh macam panjang sangat je entry ni, nanti ku sambung kat entry lainlaaaa nooo.

Isnin, 9 Mei 2016

I'm Umobile user part II

hello.. berapa ramai umobile user kat luar sana? lambai sikit  :D ekeke
Ramai orang takut nak guna umobile sebab katanya coverage tak okayy, memang rata-rata lah bila ditanya mesti bagi jawapan ni. untuk aku so far, Alhamdulillah, aku berpuas hati guna umobile,sebab berbaloi sangat, rasa nak nangis, sekarang ni iolls dah upgrade pakai postpaid "HERO POSTPAID PLAN"


tak terhabis tau guna 15gb ni sebulan.... sobs, hahaha. asalnya 7gb je, tp sampai Dec tahun ni umobile bagi extra 8gb ekeke. UNLIMITED calls! dulu-dulu kalau nak call mak, misscall je mengharapkan mak call balik, sekarang... haaa kalau gayut dengan mak mesti lebih 30minit! Nak gayut ngan abg jauh ngatttttttttt hahahhah

Kalau ada apa-apa nak tanya, silakan lahhhhh heww

Ahad, 25 Oktober 2015

Degree Part 6 : Bercuti di Pulau Tioman, Pahang

Hi! sejak masuk degree ni takde masa nak pergi bercuti.  sem HAHAHA. Actually bukan takde masa tapi tak berapa tebal duit yang ada. Duduk Shah Alam pulakkk, duit macam air terjun Lata Iskandar.

Sejak cuti part 5 aku fikir nak pergi mana. Naik je cuti sem kemain plan dengan  bebudak club nak g bercuti awal-awal sem. hmm masa plan tu kemain ramai nak join. Masa pergi tu tinggal 3 orang. HAAHAHAAH. Lawak tak -.-

so..........

10 September 2015

Perjalanan bermula jam 6.50 petang dari Bus stop seksyen 7, naik teksi ke KTM Padang Jawa. Oh, nak jimat, korang naik bas D ke seksyen 2 then naik bas Selangor free ke Stesen Komuter Seksyen 19 for freeeeeee, kitorang baru tahu alternative ni lepas balik tioman. Di KTM Padang Jawa ambil komuter ke TBS, di KL sentral tukar komuter, ambil Sg. Gadut / midvalley. Sampai TBS baru nak beli tiket bas ke Mersing, cadang nak beli tiket pukul 11.30 supaya sampai je boleh terus naik feri. Tapi tiket habis, beli pukul 9.30 malam. *Disarankan beli tiket awal, online. Solat di TBS, kelamkabut g cari bas.

11 September 2015

2.00 am- Lebih kurang 2pagi sampai stesen bas mersing. Masa tu gigih fikir nak buat apa, dan macam mana nak pergi jetty, hahahah last minute plan kan. pukul 4pagi decide nak jalan guna Waze. klakar. Masa jalan jumpa la segerombolan lelaki naik myVi kuning, Cuak kitorg. takut kena culik. Salah sorang tu tanya, nak duduk mana kat Tioman, diorang agen rupanya. Kitorang cakap la, dah book bilik, cuma tiket ferry je tak beli lagi. Diorang were like, haaaaaaaa takbeli lagi, TIKET HABIS. kabut lah kitorang, terus jalan g jetty, takde lah jauh sangat. dalam 10 minit kot. Sampai jetty gelabah cari kaunter, tapi semua tak buka lagi, kena tunggu pukul 5 ke 5.30 tah, maka solat subuh di jetty. Ramai foreigner. ramai sangat. Sementara tu sembang-sembang dengan sorang dari French, gituuu.

Dalam pukul 6 kot ferry jalan. Jadual ferry ni tak tetap langsung sebab kena ikut air pasang surut. Kadang-kadang start pukul 10pagi.......... haaa so memang kena tahu lahh pasang surut air. Kitorang taktahu pun, Alhamdulillah nasib menyebelahi, tiket pun ada. 2jam setengah kot naik ferry, ada lahh rasa nak muntah sebab boleh tahan kuat ombak dia, masa awal-awal best la macam naik roller coaster, dah lama-lama naik loya.

Sampai je Kampung Salang, Masha Allah! SubhanAllah, Alhamdulillah, cantik sangat. Hilang loya. Terus kitorang gerak ke bilik. Kitorang amik bilik MARA. hahah kemain nama. memang ma...ra habis.  jimat. ada katil queen n kipas. cukup untuk 3 orang. cuma toilet dia tu kurang best, tapi okay lahh bukan honeymoon. Lepas tu pergi sembang pasal snorkeling, rm70. dia bagi siap-siap equipments tu (goggle, life jacket) nak guna sampai bila pun boleh.

Pukul 3 terus terjun laut, practice pakai mask tuu hehe senang esok nak snorkeling, almaklumlah tak reti swim..

malam kitorang relax-relax jeeeeee....

12 September 2015
pukul 10.30 pagi kitorang pergi snorkeling. sampai pukul 1.30 ke 2 tah. Best giilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. HAHAHA. 4 ke 5 checkpoint tah. Naik sekali dengan pelancong dari India. hindustanggg. Bawa bekal makanan siap-siap. best best. Boleh juga nak scuba. tapi scuba mahal haha and kalau beginner dia ajar kat tepi jetty je, baik snorkeling!

Petang kitorang g jalan-jalan. Tiba-tiba owner chalet nak join, dia bawa kitorang jalan-jalan. Tengah jalan-jalan jumpa kawan dia, diorang bawa g tengok anak penyyuuu.

malam kitorang dinner, buat kali pertama beli makanan panas kat sini. makan ikan steam, sotong bakar. SubhanAllah, sedapnyeee lahai. terutamanya sotong.

lepas tu lepak-lepak tepi pantai. gelap. nyanyi-nyanyi. Tiba-tiba abang kerja chalet tu datang hantar lampu. Pekerja n owner chalet Salang Beach Resort ni memang baik sangat. Puas hati 100% dengan diorang.

tidur.

13 September 2015
Pukul 4.30 dah bangun. Dengar kata Ferry nak jalan pukul 6. Kabut pukul 5.45 dah pergi. mujur subuh masuk awal. takut kena tinggal ferry. takut sangat. hahahaha. berlari-lari g jetty.

Bas pukul 12, yang ni dah beli online siap-siap masa sampai mersing sebab takut habis, tak banyak bas g KL.

............................nak pergi lagi......................

so ni bajet,

Khamis
Teksi ke ktm            -- RM3.00
Ktm pdg jawa ke tbs -- RM3.90
Bas ke Mersing        -- RM38.30
Dinner                    -- RM7.60
Jumaat
Bas ke tbs             -- RM41.90
Tiket ke tioman      -- RM70.00
Marine park          -- RM10.00
Chalet RM70/3     -- RM 23.40 *seorang
Air                       -- RM6.50
Snorkeling            -- RM70
Air                       -- RM2.50

Sabtu
Keychain           -- RM 3.30
Fridge magnet   -- RM 5.00
Dinner              -- RM 29.30  *seorang

Ahad
Breakfast                -- RM 4.30
Buah                      -- RM 4.00
Lunch                     -- RM 10.00
Tbs ke pdg jawa      -- RM3.90
teksi                      -- RM 4.00

Total 340.90

..............................Ni bajet kitorng, air tu mahal beli kat sana, mahal dalam RM1.

TIPS. 
1. kat sana kitorang makan megi je hahhahaha, memang bawa bercup2 n berbungkus2 megi. air mineral je minum. bawa chocolates n snacks dari sini. sekali je makan besar.

2. beli tiket bas siap-siap. cuma make sure waktu bas tu kena dengan ferry terutamanya balik.Tiket ferry boleh check pasang surut air or call je kat sana. Aku rasa kalau takpergi time school or public holidays, tiket memang ada, KOT hehe

3. enjoYYYY!!!















aku tak banyak tangkap gambar. banyak video. hehe. sorry gambar takberapa cantik hahaha. eh. masa pergi kitorang naik 1 ferry dengan zoey rahman, dia duduk betul-betul belakang aku. masa balik naik 1 bas, zoey and the crew. kalau tengok gambar kat insta dia beza la dengan gambar aku hahahaha. dia siap ada photographer lagi.

okayy jumpa next post :D