Sabtu, 4 Julai 2015

maira jalan-jalan : Pulau Langkawi semester 5 (diploma)

haaaaa. dah berabad weh lepas. ni program sem 5. sekarang dah cuti nak masuk degree. hahaha. baru ingat nak update. haaa. aku memang suka update kalau gi bercuti dengan kawan-kawan. sebab budget semua rangka sendiri. kalau g ngan mak ayah ni taktau berapa budget bagai, ye laaa pergi bercuti dengan BANK katakan. hahaha. Naik je sem baru (sem5). dua minggu awal tu terus ke langkawi. mana taknyaaa, kalau gi akhir-akhir takut busy, duit pun dah makin nipis masa tuuu. Ni diaa catatan perjalanan. tak berapa nak ingat sangat lahh detailsnyaaa.

Khamis malam jam 12 lebih. naik keretapi dari Tapah Road, Perak ke Kangar, Perlis. Harga tiket RM 30 camtuu laa..



Tunggu teksi datang jemput depan kampus. Keluar awal time ni, before pukul 7. almaklumlah masa ni curfew pukul 7.



wuuu tunggu train pukul 12 tengah malam.

dorang penat tapi excited


hahahaha. bermalam dalam train. SEJUK GILA I TELL YOU. bawalah selimut tebal-tebal sikit. ataupunn amiklah coach yang ada katil.






Sampai pukul 7.30 pagi di Kangar. Makanya terus ambil teksi ke Jetty Kuala Perlis.
Teksi dari sini ke jetty tak mahal pun below 15 rasanya.

Tiket Ferry pun murah jee. 18 dari Kuala Perlis. masa zaman ni lah. SEHALA.

 diorang memang kerja tidur je :p

penatnya masing-masing


Yeayyy dah sampai!




 breakfast sementara tunggu cousin datang pick up







......................................



sampai-sampai rumah mak ngah semua terbongkang, almaklumlah perjalanan 15 hari. hahaha. lepas tu terus pergi cable car. okay cukuplah gambar-gambar ni je.

since aku kampung aku kat langkawi aku tahu la serba sedikit selok belok sini walaupun setahun sekali balik. Sedih sikit la holidayy ni sebab tak mandi pantai, i suggest kalau pergi langkawi jangan lepaskan peluang mandi pantai kayy.


*sorry korang kalau rasa tak cantik dalam gambar-gambar ni. Takguna cantik di mata manusia. Cantiklah di pandangan Allah :)


Actuarial Science UiTM (part ii)

Macam dah jadi tabiat. Semester 5 baru terasa nak update blog pasal Actuarial Science. Okay, sekarang dah sambung degree actuarial science. Alhamdulillah. Dan masih di UiTM di hatiku. BSc (Hons.) Actuarial Science katekoooo. Nak cerita apa ya. Hmmm. Ni subjects actuarial science (degree)



Disebabkan aku dari diploma sains aktuari UiTM, makanya subjects 1 - 14 tak ambil dah time degree, buat pengecualian kredit (PC). Isi borang berdasarkan berapa subjects yang kita dah ambil. time-time macam ni timbullah rumours, mengatakan, "pelajar yang dapat C masa diploma perlu ambil balik subjek tu masa degree" . tak dik. tak. time akak dulu takpayah. taktau lah zaman adik. Pandai-pandai je manusia ni buat cerita. And kitorang yang dari diploma sains aktuari terus masuk semester 3.

Cabaran degree. Byk cabaran.

1. MALAS BELAJAR NAK ENJOY JE.
2. KUAT MAKAN
3. MALAS BERSENAM
4. BERAT NAIK
 hahahah.

Okay. Dari sudut cabaran selaku pelajar sains aktuari. In my opinion,  belajar apa-apa course pun ada cabaran masing-masing. Teringat masa msg dengan member2 sekolah. Masing-masing gigih nak bgtau yg course masing2 ni susah, dengarkan aje tapi dlm hati masing2 'eleh, kau hadap tengok course aku' . Perangaiiii. hahaha. Mmm.

1. Bahagikan masa sebaik mungkin. Disiplin kan diri.
aku ni tulis mmg pandai. Setiap sem niat nak rajin tapi bertahan lah sebulan. Aku je ke or semua org mcm tu :p. Dari apa yg aku fikir2 balik, kalau pandai bahagikan masa and tak ikut sangat nafsu malas tu, tak susah pun actuarial science ni. Taksusah nak bawa la. Bukan tak susah nak dapat dean. Susah wooo. Aku mmg yakin la students yg dapat dean ni mmg belajar bersungguh sungguhhhhhhh. Betul la kan. Yg paling susah nak kawal nafsu malas. Eeee jahatnya nafsu ni.

2. Rancang perbelanjaan. Berjimat cermat. Umur 20++ bukan membawa maksud kita perlu kelihatan gahhh dengan makan di tempat2 mewah, bawa kereta power, barang2 fancy, make up berjenama. Its okay if you afford to pay for it. Tapi jangan lah sebab nak lawan dengan kawan ataupun nak upload kat instagram. Nanti hujung sem sakit dikk. Students degree ni kaya kaya aku tengok. Aku pun byk juga la membazir. Okay la. Mcm ni, meh buat sama sama. Bila nak shopping tuuuu renung-renungkan lah muka mak ayah kat rumah, diorang pakai ke baju baru.. makan apa kat rumah tuu. Sedih. Bila set set yg ada bf gf tu makan tempat mewah je iolls tengok. Emm. Dorg mampu..... belanja partner dgn duit pinjaman :p

3. Fokus dalam kelas. tau tak, dalam kelas tempat paling best nak main phone. aku selalu timbul rasa keinsafan and kesedaran yang kalau aku fokus dalam kelas aku tak perlu lagi nak struggle time study week..................

4. Cabaran cintan cintun. Time degree ni nampak la kawan2 yang single time diploma dah kawin, dah ada bf. Asalkan bukan bukan-bukan yeeee.


Malas nak upload gambar. nantilah :D

Ahad, 8 Disember 2013

idea mencurah.
kadang-kadang datang
kadang-kadang pergi.

bila aku tengah angan-angan jenin
dia datang lalu tepi
bila aku dah buka buku lipat ni
dia hilang menyepi.

sama macam kau. seorang manusia itu.

Khamis, 3 Oktober 2013

Hati.

"Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT" - Ibnu Qayyum.


kadang-kadang hati ni,degil. Kenapa mesti membelenggukan diri sendiri dengan perkara yg menyedihkan. Walaupun hakikatnya, kita akan gembira bila kita fikirkan kebahagiaan, kita akan merana bila fikirkan penderitaan. Aku pernah terdengar satu ayat ni, 

 "Kita akan kecewa bila kita bergantung kepada manusia, kita akan bahagia bila bergantung kepada Allah, hanya Allah sebaik-baik pemberi penghargaan"

manusia, penilaian manusia begitu subjektif. apa yg kita rasa dan nilai tak sama dengan orang lain. Simple.

"Setiap yang berlaku ada hikmahnya"

Sabtu, 3 November 2012

UiTM Tapah. Aktiviti Semester ini.

:)
Entry ni khas utk aku tulis beberapa aktiviti yang berlangsung di UiTM Tapah, kampus ku tercinta sepanjang semester ini. Btw, hai, aku maira, pelajar semester 3 jurusan sains aktuari. Semester ini agak lenggang dan santai. HAHA.
 
1. Induksi bersama adik-adik semester 1.
 
sudah menjadi lumrah, naik je semester 3, kitorang la kena handle program induksi :) . Antara tujuannya ialah, menjalinkan hubungan silaturrahim antara pelajar.
akak-akak berlatih aerobik sebelum ajar adik-adik esoknya :)
bergambar dulu sebelum berpeluh. :D

antara aktiviti-aktiviti.

bersama adik-adik sekumpulan :)
Part 3 UiTM Tapah :)
 
2. Kenakan 'mangsa' birthday (aktiviti nakal).
Mangsa ini bernama, aisha ! Hahahaha.
beberapa persediaan telah dibuat.
nila + budu + entah laa. mcm2 sampai baaaaaaaaaaau. eeeiuuuyuu.
 

 
sangaaaaaaat memuaskan hasilnya ! AHAHA.
 
 
3. Annual Dinner :)
 
 Mereka-mereka yg bertungkus lumus menjayakan majlis bersama dengan pihak atasan.
Azeera, Sufiya, aku :D , atiq, Mirahaha
azeera, maira, Fizi, Sufiya.
 aku dan sufiyaaa, menyemak :D .
Berdiri : Afiq, Haziq, Atiq, Mahadi, Aisha, Syafiq
Duduk : Lia, Qayyum, Ikma, Ezzdiana.
 
 
 
4. Futsal :D

See ! I found this KATAK KERING. hahahaha

 Atiq, aku, Zeera, Farah arina, KECIK, Hasanah, Farah Hazwani, Mirahaha, Dina.
Tak semuaaa pemain ni. HAHAHA
 
HAHAHA. mainnya tak menang pun. Posing jeee lebih.
for the conclusion :
Sem ni palinggggg best dan paling sedih T______T .
 
kaaaaaaayyyy. :)
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Khamis, 12 Julai 2012

Maira Jalan-Jalan : HOLIDAY di PANGKOR :D

assalamualaikum semua,
Sem ni terpaksa laa kitorg berholiday awal sebab ramadhan dah dekat. setelah berpenat lelah memikirkan destinasi, akhirnya kitorg decide utk ke Pulau Pangkor ;) . Mcm biasalah 7 org, tapi sem ni tambahan ahli baru. muahehehew.
asalnya nak pergi genting tapi memikirkan kos yg lagi tinggi, kitorg pun tak jd pergi.
first sekali pasal book hotel. punya la payah gileee. semua penuh, kitorg nak pergi 6hb Julai, resort yg best2 semua penuh. tinggal laaa Suria Beach Resort. chalet semalam rm100. not bad la sebagai student. boleh sumbat ramai. tp bilik kitorg 5 jeee, perempuan je ! chalet dia tak la selekeh sgt utk org yg kurang bajet ni. ada satu katil single satu katil queen satu tilam extra, ada TV, ada air-cond. kalau nak BBQ buat sendiri tambah RM40 utk set. bahan beli sendiri.
tiket pergi+balik RM 10 jeee. boleh pergi tiap hari ni. HAHA

bertolak dr tapah pukul 3. sampai sana pukul 6 kot, pasal berhenti makan lah apa lah. ferry pukul 7 baru gerak.
asal muka aku ni. tak cukup tidur sebenarnya. ngantook gilo ! hewhew

sufiya and faa.


sampai je sana, ferry dlm 45minit, siap2 dan... makanggg !!

azeera, sufiya, faa, aku, aisha ;)




next day!!!
best gilooo haaa ! kitorg mandi ! snorkerling, island hoping! gempak!
sampai hite legam, hahahaha. banana bot jugak ! snorkerling best! tapi coral sana keras sikit la. memang wajib luka kaki. HAHA. masa dlm air tak rasa sakit, bila dah naik ke tepi, baru la nampak darah meleleh leleh. best, boleh berenang dgn ikan ! ada Coral Bay, kat situ sesuai utk budak2 kecil, sbb cetek dan tak bahaya. boleh tengok mentimun laut ! kalau pijak lembik lembik. eeeiiyuu.
Banana boat pulak , ni mmg kitorang excited. masa 1st round abg tu ckp tengok tangan dia, kalau dia angkat, get ready, pegang life jacket utk jatuh! semua gelabah je, asyik pandang abg tu. HAHA. 2nd round yg tragis. jatuh memang sakit, mcm kena hempap *memang pun* , air masuk sampai dada. sobsobsob. sakit! tapi best :D




Hi5 !





lain2 gambar takdeee, sebab takde sape nak tangkapkan :( sobsob

petang tuu kitorang jalan-jalan *naik moto* pusing pangkor




amboii cik sufiyaaaa.. HAHA.


tambahan,




nii jee pic yg aku ada :(
kitorg pergi tiga hari 2 malam. TAPI SUMPAH! MAKANAN MAHAL GILA. MEE GRG TELUR MATA PUN RM8 ! :(. Hahaha. bajet byk habis kat makanan jeee. tapi boleh tahan la makanan dia. not bad.

hari ke3,
takbuat pape pun. pagi2 tuu round2 pulau, naik motor. em, sewa motor sehari 25! kalau skuter rm30. beli makanan laut, beli baju. baju kalau nak beli, aku cadangkan kat pantai tuu, teluk dalam ke nipah tah. lupa aku. sebab aku tgk kedai dekat pekan, baju rm10 tp rm22. WTH. hahaha. apa pun, survey la harga.
okayyy, masa nak balik tuu kitorg singgah Marina Wing kat Lumut,







cantik juga la tempat ni kalau nak tangkap gambar ;)

okayyy, good night. salam sayang, MAIRA.

# semua gambar2 ni, ada yg di snap oleh aku, faa dan azeera. Thank you :)